Hilangkan Dahaga Dengan Honey Lemon Ginger Pudina Ice

Friday, April 28, 2017

Assalamualaikum wbt.  Bila hari panas memang best kalau dapat minum air sejuk-sejuk.  Akak dengan en hubby memang suka mereka perisa-perisa baru menggunakan bahan-bahan alami.  Kali ni disebabkan bekalan madu kelulut banyak ada di rumah, kami buat minuman Honey Lemon Ginger Pudina berais.


penghilang dahaga, lemon ice, pudina lemon ais




Sedap habaq hang!

Sejug berebut-rebut anak beranak.

Nak tahu bahan-bahannya? Sangat mudah. Tanpa gula tanpa perisa tambahan.

Secawan ais
4 gelas air
segenggan pudina

Semua ni korang kisar bersama.
Lepas tu masukkan 2 hiris halia, perahan lemon (agak-agaklah banyak mana korang nak rasa lemon tersebut). Masukkan juga 50 - 100gm madu. Kalau nak rasa masam-masam sikit boleh cuba madu kelulut, kalau nak manis-manis sikit cuba guna madu tualang.  Kacaukan semuanya dalam jug.

Penuhkan gelas dengan ais dan tuanglah bancuhan yang terhasil tadi. Hias dengan daun pudina dan hirisan lemon.


penghilang dahaga, lemon ice, pudina lemon ais


Memang hilang dahaga ! Buat sekali pasti nak lagi.


You Might Also Like

1 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook