Assalamualaikum wbt.  Amboi beberapa hari tanpa cerita. Tangan ni tergedik-gedik  nak bermain keyboard lappy tapi masa sangat-sangat terhad untuk akak berlama-lama depan blog.  Banyak sungguh tugasan yang perlu akak buat sampaikan tak tahu nak susun macamana. Beginilah jadinya bila cuti hujung minggu bertambah sehari dan aktiviti keluarga juga bertambah bila semua ada di rumah.

Hujung minggu baru ni memang merupakan minggu yang sangat padat bagi kami.  Di samping tugas dan kerja sana sini, mencari juga masa menyelit aktiviti bersama keluarga.  Sabtu sibuk dengan program hari koperasi sekolah irfan.  Oleh kerana pelajar dibenarkan pulang bermalam maka kami selitkan juga dengan projek pibg sekolah sementara menunggu masa irfan selesai dengan tugas-tugas jualannya.  


Bercinta Tepi Padang Sekolah


Ingat dulu akak pernah bercerita tentang projek ternakan lebah kelulut di sekolah abang.  Projek ni dah masuk tahun ketiga dah. Walaupun sarang lebah kelulut tak banyak lagi tapi dah menampakkan hasil.  Sebagai sokongan menjayakan hari koperasi sekolah, kami tawarkan jualan hasil madu daripada sarang-sarang yang ada di sekolah.  Saja seronok-seronok sambil menjana sumbangan tambahan untuk tabung pibg. Sambutan baik juga dikalangan ibu bapa yang hadir.

Sambil-sambil tunggu en hubby betulkan sarang-sarang lebih kelulut, mak ngan anak ambik kesempatan berselfie wefie di tepi padang sekolah. Cuaca panas dan berangin. Memang cantik untuk berswafoto.


Bercinta Tepi Padang Sekolah

Gegirl akak dah besar belaka, dah boleh jadi teman bershopping.

Bercinta Tepi Padang Sekolah

Bercinta tepi padang sambil ambil hasil madu kelulut.  Bila dah sibuk dengan pelbagai urusan, kena pandai-pandailah selit-selit masa dengan orang-orang tersayang. 




0 Comments