Apa Korang Nak Buat Hujung Minggu Ni

10:07 AM

Assalamualaikum wbt.  Sekejap saja dah nak hujung minggu semula.  Cepat sungguh masa berlalu. Tambah cepat rasanya bila korang punya jadual harian pack dengan pelbagai benda nak kena buat dan selesaikan. Macam akak ni.....

Aktiviti kami hujung minggu lepas, berbowling.  Masuk tournament game antara parent sekolah irfan.  Antara initiatif PIBG jugalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan guru-guru.  Selain itu ada sesi training untuk anak-anak sekolah tersebut.

aktiviti hujung minggu, bowling, riadah bersama kawan-kawan

Kali ni penyertaan semakin meriah ditambah dengan anak-anak pelajar yang tumpang training dengan para waris.  Peserta pun dah semakin mantap.

Tahun lepas akak join 2 kali sahaja. Tahun ni, yang ini merupakan siri ketiga dan akak baru je join.  Selalu tarikh tak kena tapi oleh kerana kali ni masuk adjust masa, akak ajak en hubby join sekali.  Tak sangka pulak boleh dapat satu group dengan en hubby.

aktiviti hujung minggu, bowling, riadah bersama kawan-kawan


Yang paling tak sangka akak boleh pulak dapat tempat ketiga perseorangan wanita dan kedua untuk kumpulan. Rasa macam balingan hari tu menjadi sungguh lah. Mata kutipan pun diluar jangkaan.  Semangat pulak nak masuk siri-siri berikutnya nanti.

aktiviti hujung minggu, bowling, riadah bersama kawan-kawan

Satu kumpulan pulak dengan En Hubby. 

aktiviti hujung minggu, bowling, riadah bersama kawan-kawan

Dapatlah habuan kali ni. Memang best dan seronok sepanjang games.  Tak rasa stress dan enjoy the games antara penyumbang boleh score markah tinggi.

Kalau korang tak tahu nak buat apa..apa kata pergi berbowling. Boleh juga hilangkan stress bekerja sambil lepas-lepaskan geram bila melontar bola tu.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Google+ Followers

top social

Pinterest

Subscribe