Resepi Mudah Sarapan Pagi Dengan Sandwich Telur Bersosej

4:08 PM

Assalamualaikum wbt.  Dah lama akak tak share resepi kat sini.  Asalnya ada perancangan lain, tapi nampak gayanya kenalah akak lupakan dulu.  Buat mana yang boleh.  Semenjak en hubby sibuk dengan kantin ni, akak pun dapat tempias jugak.  Antaranya, tidur awal bangun awal.  Ada rahmat di sebalik setiap ketentuan Allah kan.  Bila bangun awal, macam-macam sebenarnya kita boleh buat.  Semakin rajin jugaklah memikirkan sarapan yang boleh disediakan untuk anak-anak.

Kali ini akak nak share resepi Sandwich Telur Bersosej.  Sangat mudah untuk buat.  Bahan-bahannya pun mudah dicari.  Sekali dah buat mesti nak buat lagi.

Bahan -bahannya :

Telur - direbus dan lenyek halus
Sosej - Hiris menyerong dan goreng sebentar
Roti
Mayonis
Mentega
Sedikit lada hitam hancur

Cara Menyediakan :

Telur yang telah dilenyek tadi campurkan dengan mayonis. Agak-agak nampak macam lembab-lembab sikit.  Sosej yang telah dihiris tadi gaulkan juga dengan sedikit mayonis.


sandwich, resepi mudah untuk sarapan dan minum petang, sandwich telur, bento

Jadilah macam ni. Dah letak atas roti baru teringat nak ambil gambar.


sandwich, resepi mudah untuk sarapan dan minum petang, sandwich telur, bento


Guna 3 keping roti. Sapukan salah satu permukaan roti dengan mentega. Lapis pertama letakkan beberapa hirisan sosej dan sedikit telur.  Letak sekeping roti dan letakkan lapisan telur pula sebelum lapis semula dengan sekeping roti.  Haa...lepas tu pacakkan 4 batang pencungkil gigi di penjuru roti dan barulah dipotong. Dapat saiz yang sama dan potongan pun nampak elok je.  Tak buat macam ni pun tak apa.


sandwich, resepi mudah untuk sarapan dan minum petang, sandwich telur, bento

Siap dah. Kalau ada salad dan tomato, boleh juga potong dan selitkan nanti nampak lagi ceria. Akak guna apa yang ada di rumah aje.


sandwich, resepi mudah untuk sarapan dan minum petang, sandwich telur, bento

Siap bekalan untuk semua.  Sekarang ni dik wan dah pandai minta bawa bekalan ke sekolah. Kenalah ibu dia jadi gigih pagi-pagi menyiapkan makanan. Ibu pun boleh tumpang sekali bawa bekal.




You Might Also Like

0 comments

Followers

Google+ Followers

top social

Pinterest

Subscribe