Indahnya Bila Mempermudahkan Urusan Orang Lain

Monday, March 27, 2017

Assalamualaikum wbt.  Setiap pagi memang akak akan hantar ketiga-tiga anak ni ke sekolah masing-masing. Mudah sekali gus keluar ke tempat kerja.  Ada satu hari akak ternampak pelajar perempuan ni berjalan kaki seorang diri, tentulah menuju ke sekolah.  Dari tempat akak, sekolah menengah paling hampirpun lebih kurang 3 - 5 km jauhnya.  Tertanya-tanya jugak. Lepas tu baru Kak Afiah bagitau pelajar tu kakak senior di sekolahnya.  Tinggal di taman berhampiran. Ayahnya ditimpa kecelakaan hujung tahun lepas ditimpa pokok yang tumbang akibat hujan lebat.

Lepas tu kisah pelajar ini senyap sahaja sebab akak tak ternampak lagi dia di pagi hari. Samada masa kami keluar tidak sama atau beliau menaiki bas sekolah.  Sehingga satu pagi, afiah tunjuk ...ibu ...tu kakak tu jalan kaki nak pergi sekolah.  Ketika tu, akak baru sahaja melintaskan amira ke sekolah.  Cepat-cepat akak minta afiah panggil pelajar itu naik kereta kami sekali.  Mulanya dia menolak..segan mungkin maklumlah tak pernah kenal pun.  Tapi melihatkan afiah, dia bersetuju.  Mungkin mereka memang dah kenal di sekolah.

Comel mulus aje budaknya.  Agak peramah.  Memang dia kerap berjalan kaki sahaja ke sekolah kerana terlepas bas.  Bas sekolah yang dinaiki, dibayar secara harian, dan sekiranya pemandu bas tidak nampak beliau di hentian bas, bas akan jalan terus kerana di situ hanya dia seorang sahaja yang menunggu bas sekolah sedangkan di hentian bas yang sama, ramai pekerja-pekerja kilang bangsa asing yang turut menunggu bas.

Bersembang semasa dalam perjalanan ke sekolah menimbulkan pelbagai perasaan dalam diri akak ni. Rasa ingin lebih mengenali anak ini dan keluarganya makin membuak-buak dalam diri.  Setiap pagi akak akan memerhati sepanjang jalan kalau-kalau ternampak di gadis itu lagi.  Alhamdulillah pagi tadi terserempak lagi dengan dia.  Kali ini tak susah nak ajak sekali, cuma berkali-kali ucapkan maaf kerana menyusahkan akak. Aduhai anak, takde yang susahnya. Memang akak nak hantar afiah ke sekolah yang sama pun.  

Kali ni baru akak tahu, akibat dari ditimpa kecelakaan tahun lepas, ayahnya tidak boleh bergerak, bercakap , hanya mampu menggerakkan tangan sedikit -sedikit. Ya Allah, hiba sungguh rasa hati ketika itu.  Ibu tidak bekerja. Bagaimana ye kehidupanmu ?

Beberapa kali juga mengajak akak ke rumahnya kalau ada kelapangan. In sha Allah. In sha Allah.  Moga anak ini terus tabah dan menuntut ilmu. Jangan jadikan kekurangan yang ada menghalang untuk jadi orang berjaya.  


motivasi, emosi, positive self


Dan setiap pagi....akak jadi pemerhati jalanan mempermudahkan urusan si anak menuntut ilmu.  


You Might Also Like

2 comments

  1. Betul..satu kepuasan di situ kan?

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudhakan urusan pelajar wanita ini dan permudahkan juga urusan keluarga akak...

    sekiranya memerlukan sumbangan bolehlah kak azi war-warkan...mana tahu ada yang bermurah hati untuk membantu

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook