Assalamualaikum wbt.  Rezeki Allah datang tak kira masa dan tak kita ketahui kecil besar nilainya.  Yang penting kita kena berani untuk mencuba dan keluar dari kebiasaan.  Alhamdulillah setelah mencuba, akhirnya en hubby berjaya meneruskan kerjaya sendiri yang sealiran dengan minatnya.  Bukan mudah sebenarnya.  Hampir 2 tahun mencari peluang dengan pelbagai dugaan yang ditempuh selepas bertekad meninggalkan kerjaya makan gaji.  Bagi akak, yang penting ada kemahuan dan tahu apa yang perlu dibuat.

Baru-baru ni, dengan izinNya, ditawarkan untuk meneruskan urusan kantin di salah sebuah pusat pendidikan di sini.  Bersama temannya, kami tekad untuk terima tawaran dan yakin kami boleh.  Penat memang tak usah cerita lah, macam-macam nak kena fikirkan seawal pagi sebelum ayam jantan berkokok dan pulangnya melepaskan penat seketika dan terus menyambung untuk esoknya pula. Tak kuat memang tak mampu tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Biasanya perkara yang kita suka, memang tidak pernah menjemukan untuk dibuat.

Akak dan anak-anak pula, kami berusaha untuk membiasakan diri dengar jadual harian yang berubah hampir 360 darjah.  Kalau sebelum ini banyak urusan anak-anak, en hubby yang selesaikan tapi sekarang ni seawal pagi jugak akak akan uruskan dari hal ke sekolah dan lain-lain lagi.  Penat tak usah ceritalah, mana dengan kerja ofis yang tak surut-surut, anak-anak yang nak bertempur dengan peperiksaan besar tahun ini, tapi yakinlah pada rezeki yang Allah beri. Sebab itu jugalah kebelakangan ini blog akak ni macam terbiar juga. In sha Allah pelan-pelan ia akan kembali seperti biasa semula.  Macam-macam nak tulis, macam-macam nak share. 

katering, berniaga, motivasi, usaha sendiri


Pesan akak pada readers yang sentiasa follow akak ni (hehe...ada ke?...), korang jangan kenal erti mengalah dan jangan cepat berputus asa.  Jangan stress bila dilanda ujian. Ujian memberi ruang dan peluang untuk korang mencipta kejayaan.  Kalau korang stress, cuba amalkan 10B ni, in sya Allah boleh tenang-tenang.

1. Bersyukur
2. Bernafas dengan teratur
3. Bicara diri
4. Beribadat
5. Berkongsi perasaan
6. Berehat dan berurut
7. Mendengar muzik
8. Beriadah
9. Bersenam
10. Berfikiran positif




0 Comments