Anak Itik Tok Wi Dah Besar

Wednesday, March 01, 2017

Assalamualaikum wbt. Banyak hari tanpa cerita. Tak pandai manage masa sungguh akak ni.  Sesungguhnya memang lately perjalanan harian akak dan keluarga agak bercelaru sikit kebelakangan ni.  Nanti bila masa mengizinkan akak share kat sini.

Korang ingat tak kisah anak itik tok wi yang pernah akak tulis dulu? Haaa...dah besar tau itik-itik tu. Pantang bukak pintu , maka berlari-larianlah ke arah kami minta makan. Lepas makan nak berenang-renang di lopak air. Kenalah en hubby sediakan lopak kecil untuk anak-anak itik ni membasahkan badan.  Seronok juga kadang-kadang bila sempat meluangkan masa melihat gelagat makhluk ciptaan Allah.


anak itik, anak itik tok wi, binatang peliharaan

Tak lama lagi bolehlah kumpul telur itik pulak.  Dah dekat dengan bulan Ramadhan ni, buat telur masin mesti ramai peminat nanti.






You Might Also Like

3 comments

  1. wahh, itik! teringat itik2 yang abang ipar bela, lepas tu tgk dia kutip telur2 itik tu sume...buat telur itik masak lemak cili api mmg perghhhh

    ReplyDelete
  2. Anak itik tok wi mandi dalam kolam tak? hehehehehe.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook