Assalamualaikum wbt.  Meraikan birthday pertama tahun 2017 keluarga kecil akak.  Birthday kak Afiah yang  ke 15 tahun. Sekejap saja dah membesar, dah sama besar dengan akak dah pun.  Tahun ni nak mengadap peperiksaan PT3.


birthday celebration, western food sedap, kedai makan pilihan di kulim, kedai makan di kedah
Kena ada partner baru nak bergambar.


Anak akak yang ni agak susah nak bergambar elok. Suka sangat buat candid. Kat rumah biasanya memang dialah yang banyak membantu kerja-kerja rumah bila ada kesempatan dan hari cuti.  Awalnya nak sambut pada ahad lepas tapi dek kerana banyak sangat urusan nak dibuat sepanjang perjalanan daripada Sungai Buloh ke Kulim, maka terpaksalah kami tunda sehari. Bab cerita Sungai Buloh tu nanti akak storykan next entry.

Kebiasaan kami takdelah meraikan cara meriah sangat, memadai dengan keluar makan-makan sefamily atau beli kek dan masak makan di rumah saja.  Fikir punya fikir, en hubby kata jomlah kita keluar cari makan.  Kita makan western untuk sambutan kali ini.

Lokasi pilihan  ialah di GARAGE86 THE CAFE. Terletak tak jauh daripada pekan Kulim.  Sebelum ni dikenali sebagai Kulim Republic Food.  Lokasinya tak susah nak cari.

Makanan yang disediakan menarik jugak.  Portion yang agak besar untuk satu-satu order tu memang kenyang makan.  En hubby yang susah nak puji masakan orang lain pun kata sedap dan boleh ulang datang lagi.  Jom tengok apa yang menarik yang menjadi pilihan kami sekeluarga.


birthday celebration, western food sedap, kedai makan pilihan di kulim, kedai makan di kedah

Minuman Lemon with honey ni memang sedap.  Menjadi pilihan akak dan en hubby. Anak-anak pun pakat sedut jugak.



birthday celebration, western food sedap, kedai makan pilihan di kulim, kedai makan di kedah

Speghetti Carbonara dengan ayam grill - yang ni akak punya.  Ayam grillnya memang berasa perapan dia. Akak bagi 8/10


birthday celebration, western food sedap, kedai makan pilihan di kulim, kedai makan di kedah

Kalau dah peminat kambing, kat mana-mana kedai western pun mesti pilih menu kambing.  Lamb Grill dengan mash potatoes pilihan en hubby. Sos yang color kuning tu sedap tau...rasa masam-masam ala sunquick. Dua keping  untuk satu hidangan, memang puas makan. Dagingnya pun lembut.


birthday celebration, western food sedap, kedai makan pilihan di kulim, kedai makan di kedah

Butter rice with lamb grill.  Ada sup disediakan sekali. Ni pilihan abang irfan. Yang ni kat mana pun mesti cari nasi.

Apa pilihan birthday girl? Sama macam ibunya tapi kakak makan ayam grill sahaja.  Memang puas makanlah semuanya.  

Kalau korang nak cuba rasa, boleh hubungi dulu tuanpunya kedai ni waktu operasinya. Akak lupa nak tanya hari tu. Korang boleh jugak terjah facebook Garage86 The Cafe ni.

Memang tak rugi....berbaloi!!!

Untuk Afiah, ibu ayah doakan kakak terus cemerlang dalam apa juga arah tuju yang kakak pilih.  Asalkan mendatangkan kebaikan untuk masa depan kakak, kami sentiasa menyokong sehingga kakak mampu bergerak sendiri.  Belajar kena rajin, belajar kena yakin. Kalau nak terus berjaya kena buat lebih daripada biasa.  

3 Comments