Assalamualaikum wbt.  Tahniah Mohd Faiz Subri!! Tahniah kerana akhirnya telah berjaya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016.  Kemenangan ini secara tidak langsung meletakkan nama beliau sebaris dengan pemenang tersohor sebelum ini seperti Cristiano Ronaldo.

Berusia 29 tahun, Mohd Faiz Subri mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun Kedah.  Kini bermain sebagai penyerang bersama Pasukan Pulau Pinang.  Siapa sangka `anak kampung' ini berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. 

`Jika mahu berjaya dalam hidup kita perlu teruskan usaha, perbaiki kelemahan dan sentiasa merendah diri dalam apa jua keadaan' .

Tahniah Mohd Faiz Subri ! Tahniah IBU AYAH dan keluarga ! Tahniah Pulau Pinang ! Tahniah Malaysia !


puskas award, fifa, faiz subri, mohd faiz subri
credit : foto dari fb



Every kids deserved the opportunity to explore their capabilities

3 Comments

  1. thniah! anak kpg pun boleh berjaya!

    ReplyDelete
  2. Tahniah Malaysia... Tahniah Faiz Subri...

    ReplyDelete
  3. kita tengok dekat tv yang Fifa Fan Award tu. hahaha comel je Faiz Subri duk nervous cari ucapan dia.

    ReplyDelete