Selamat Tinggal 2016 Selamat Datang 2017

Sunday, January 01, 2017

Assalamualaikum wbt.  2016 dah pun melabuhkan tirainya.  Sekarang dah masuk pun 1hb Januari 2017.  Pantas sungguh masa berlalu. Apa yang dah dicapai tahun lepas? Apa perancangan sepanjang tahun ini? 


tahun baru, azam baru, hadiah 2017, kenangan


Kita cerita dulu tentang tahun baru.  2017 kami sambut kedatangannya dengan berlapang dada. Kena sabar banyak-banyak dengan kenaikan harga barang di pasaran termasuklah kenaikan harga petrol.  Perancangan utama tahun ini adalah untuk memperbaiki lagi pengurusan kewangan kami sekeluarga.  Kenaikan harga barang memang sedikit sebanyak memberi kesan juga.  Kadang-kadang rasa macam tak mahu keluar rumah sebab bila keluar sahaja pagar rumah, mesti ada peruntukan RM.  Kena tingkatkan tabungan dan kena rekod semua perbelanjaan besar.  Setiap bulan kena tengok semula, apa perbelanjaan yang tidak perlu.  Pengurusan kewangan ni perlu dibuat dan dipantau selalu.  

 Tahun ni ketiga-tiga orang anak akak akan melalui peperiksaan besar - UPSR, PT3 dan SPM.  Walaupun ada yang bersuara, ianya sekadar peperiksaan, tapi bagi kami ianya penting untuk mereka mengorak langkah ke tahap yang seterusnya.  Tapi taklah sampai anak-anak jadi stress.  Bantu mana yang boleh dan tak mahu anak-anak ambil ringan setiap peperiksaan yang mereka lalui.  Bila dah usaha sehabisnya, apa pun keputusan yang diperolehi kenalah redha.

Masuk tahun yang 9, akak akan terus berblog.  Buat masa ini belum ada lagi tergerak untuk berhenti.  Sejak setahun dua kembali aktif ni, pelbagai perubahan yang akak dah nampak dan rasai.  2017 akan cuba untuk terus mantapkan blog sebagai salah satu medan berkongsi kisah dan info di samping menjana income.


tahun baru, azam baru, hadiah 2017, kenangan

Antara hasil berblog sepanjang 2016.  Tahun ni harap-harap dapat lebih meriah lagi. Nak dapat lebih meriah kenalah rajin. Rajin cari bahan. Rajin update entry. Rajin sharing...kan..kan..kan.. Memang setahun lepas banyak keperluan peribadi seperti ini akak gunakan hasil produk yang akak review saja.  

Tahun 2016 yang ditinggalkan secara jujurnya memang sangat mencabar kami sekeluarga.  Walaupun pada awalnya rasa sukar untuk bertahan tapi alhamdulillah berkat kesabaran semua kami dapat harungi juga sehingga ke hari terakhir.  Yang penting kena ingat siapa kita, kemampuan kita dan jangan sekali-kali lupa bersyukur pada Pencipta, sesungguhnya apa juga yang kita terima adalah rezeki yang tidak ternilai harganya.

Kejayaan paling bermakna sepanjang tahun 2016 ialah bilamana akak dan en hubby dengan jayanya memadam terus penggunaan kredit kad dari kamus hidup kami. Memang awalnya agak sukar tapi BERJAYA.  Setelah beberapa tahun terdahulu, usaha tersebut macam chipsmore - sekejap jadi sekejap lebur, tahun 2016 kami nekad.  Pengurusan kewangan yang lebih baik kami susun atur. Tidak ada istilah terlambat bila kita mahukan perubahan. Yang penting kita kena yakin dan berusaha ke arah tersebut. Walaupun banyak lagi yang kami berjaya lalui , namun bila dapat uruskan kewangan keluarga dengan lebih baik, sesungguhnya itulah satu pencapaian terbaik kami.


tahun baru, azam baru, hadiah 2017, kenangan

Kredit limit akak kalau gabungkan semua tu boleh beli sebiji Valfire baru tu..hahahaha.
Mujur dapat sekat sebelum terlambat.  


Korang macamana? Semoga tahun yang ditinggalkan memberi banyak pengajaran dan tahun yang mendatang membantu kita menjadi lebih baik.  Setiap hari adalah peluang terbaik untuk kita melakukan perubahan ke arah kebaikan.

All the best korang untuk 2017!!


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook