Minat Lama Muncul Kembali

Tuesday, January 24, 2017

Assalamualaikum wbt. Dah lama sangat akak tak bermain dengan manik-manik halus.  Kadang-kadang timbul rasa rindu membelek butir-butir kecil warna-warni yang bila disulam nampak cantik sekali.  Mulanya berblog dulupun memang disebabkan minat pada manik-manik ni.

Beberapa bulan lepas, kawan biras minta manikkan bajunya untuk dipakai di hari pertunangan nanti.  Memang awalnya berat nak terima, takut terperam lama tak disentuh.  Dalam hati teringin jugak untuk aktif semula.  Nekad...terima tempahan itu. 

Memang akak minta dihantar awal bajunya sebab masa untuk berkarya memang tak tahu bila timbulnya.  Bila mood datang, cepat-cepat pilih warna-warna sesuai dan corak sepadan.


jahitan manik, beads, jentayu, sulaman manik

Salah satu sebab kenapa akak suka dengan sulam manik ni ialah akak suka bermain dengan warna-warna yang perlbagai.  Bila nak pilih warna yang sesuai memang mencabar. Bukan mudah untuk jadikan sesuatu yang biasa kepada yang luar biasa.


Inilah hasilnya,  corak Jentayu nama diberi. Hasil nukilan Sifu Sheik Azmi, guru pertama yang akak hadir ke kelasnya belajar memanik.  Beader mesti kenal sifu yang sorang ni.  Lepas tu, akak banyak belajar daripada contoh-contoh di internet dan buku-buku sahaja.  
jahitan manik, beads, jentayu, sulaman manik

jahitan manik, beads, jentayu, sulaman manik

Gambar ambil di waktu yang beza.  Kalau ikutkan nak susun macam-macam supaya nampak lebih menarik tapi nak kena ikut budget customer jugak, tak bolehlah nak syok sendiri.  Macam memasak, akak memang suka derhaka pada resepi awal. Nipun akak dah ubah sikit-sikit. 

Harap-harap tuan baju suka dan tampil cantik menarik di hari pertunangan nanti.  Siapa nak try hasil tangan akak?...hehehe...

You Might Also Like

4 comments

  1. cantik kak jahitan manik tu... rajin tul akak...

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaaa...suka manik2 ni tapi saya ni panas sekjap je hehehhe

    ReplyDelete
  3. Cantiklah Kak Zie.. kreatif akak kalau rajin boleh ambik tempahan ni... raya dah nak dekat kak..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook