Kemudahan Cuti Kuarantin Penjawat Awam

Monday, January 09, 2017

Assalamualaikum wbt. Sekarang ni kerajaan telah memberi kemudahan cuti kuarantin kepada kakitangan gomen.  Mudah bila ada kemudahan ini, sekurang-kurangnya adalah tambahan cuti untuk menguruskan anak-anak yang tak sihat.

Cuti kuarantin ini diberi sebagai kemudahan untuk menjaga anak-anak yang menghidap penyakit berjangkit.  Ianya perlu diperakui oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang mengatakan anak-anak yang terkena jangkitan penyakit tersebut perlu dikuarantinkan.


Senarai Penyakit Berjangkit

Penyakit berjangkit yang diambilkira adalah seperti berikut :
1. HFMD (hand, foot, mouth disease - penyakit tangan, kaki dan mulut)
2. Demam denggi dan denggi berdarah
3. Campak / measles
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria

Kelulusan yang diwartakan untuk cuti kuarantin ini adalah selama 5 hari mengikut syarat berikut :
a) Anak yang dikuarantin berumur bawah 18 tahun
b) Anak yang dikuarantin berumur 21 tahun sekiranya masih belajar


cuti kuarantin, perintah am, jpa,


Bagi kakitangan yang layak, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Cuti Kuarantin (lampiran B dalam pekeliling) serta perlu diperakui oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta.

Maklumat lanjut korang boleh lah masuk link ini :

https://sistem.jpa.gov.my/ppspp/index.php/cuti-pp/item/1185-pp-bil-11-2016-kemudahan-cuti-kuarantin.html


Mudahkan bila dah ada kelebihan begini.  Jadi cuti tahunan yang ada bolehlah digunakan untuk perkara-perkara yang lain pulak.

Tarikh kuatkuasa adalah pada 1 Januari 2017.

You Might Also Like

2 comments

  1. huhu, bagusnya kerja kerajaan, kerja swasta ni nengok je la

    ReplyDelete
  2. ada jugak ari tu aida dpt info ni.
    ok la kan. mudah skit utk parents.
    if not susah!!!

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook