Fit Staff 2016

Tuesday, January 17, 2017

Assalamualaikum wbt.  Alhamdulillah semalam dapat Fit Staff 2016. Segan pulak nak terima sebab akak ni bukannya fit sangat pun.  Bila tanya atas kriteria apa pemilihan dibuat, barulah akak tahu bos pilih sebab sepanjang tahun 2016 akak tak ambil cuti sakit (mc).  Percaya tak percaya sebenarnya dah 5 tahun akak tak ambil mc. Yang terakhir setakat ini adalah mc ketika melahirkan dik wan.  Bukan tak pernah tak sihat, tapi kalau setakat sikit-sikit memang akak makan aje apa ubat yang sesuai kat rumah.

reward, fit staff, no mc


Akak memang seboleh mungkin elakkan ambil mc.  Kalau rasa kurang fit untuk bekerja, ambil saja cuti rehat tahunan, rehat kat rumah.  Semalam bos tanya apa rahsia?


Rahsia Kekal Fit

Takde rahsia sangat pun.  Korang lebih tahu apa yang korang mahu dan lebih faham tentang badan sendiri.  Akak bukanlah pengamal senaman tegar ataupun makanan kesihatan. Akak bersenam bila sempat dan makan apa yang ada.  Tapi untuk kekal fit kenalah ada penjagaan yang betul. 

1. Amalkan senaman - kalau tak sempat hari-hari, boleh juga selang-selangkan.  Kalau akak, hujung minggu akan akak gunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan peluh lebih dari biasa.  Kemas rumah dari dapur sampai ke ruang tamu.  Basuh baju, cadar dan lain-lain. Sibuk memasak kat dapur sambil bersauna sebab ruang dapurkan agak panas sedikit.

2. Amalkan makanan yang sihat - dah meningkat usia ni, makin suka pula pada menu sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Selain itu, pastikan sentiasa ada stok buah-buahan. Bila terasa lapar, ambil satu kunyah puas-puas.  Kurangkan makanan bergoreng, banyakkan makan sup-sup. 

3. Buat perkara yang korang suka. Biasanya orang yang bekerja selalu ada rasa stress. Tambah-tambah bila ada kerja yang tak siap tapi kerja lain dah menunggu, dah tu date line pula dah hampir.  Memang stress!  Macamana nak kurangkan rasa stress?  Biasanya akak cuba lupakan soal kerja sebaik sahaja keluar daripada pintu ofis.  Bila kat rumah cuba cari apa yang korang suka buat. Misalnya baca buku, menjahit, memasak, bersembang.  Buatlah apa  sahaja asalkan korang boleh hilangkan rasa stress.  Berblog ni pun salah satu caranya juga.  

Bkita suka, kita buat dengan senang hati walaupun benda tu sukar.  Haaa...itu je lah rahsia akak kekal fit.



You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook