Destinasi Tahun Melawat Perak : Zoo Taiping

Monday, January 09, 2017

Assalamualaikum wbt.  Tahun ni beberapa negeri di semenanjung telah war-warkan sebagai negeri tarikan pelancongan. Antaranya Perak, Pahang dan Trengganu.  Oleh kerana akak di utara, jadi mudahlah nak cerita sikit-sikit tentang tempat-tempat menarik sempena Tahun Melawat Perak 2017.  Ater suami teman kan orang Peghok. Eh betul ke ayat teman?

Sebenarnya di setiap negeri ada banyak tempat menarik untuk dilawati.  Memang akak ni teringin nak explore satu-satu negeri di negara kita ni.  In sha Allah satu hari nanti kan.  Penghujung cuti sekolah, sambil-sambil ke jemputan makan kenduri, akak pun terlajak la sampai ke Zoo Taiping.  Dekat je. Lebih kurang sejam 15 minit perjalanan daripada Kulim dengan kelajuan biasa.  Ni pun lepas dengar si dzakwan menyanyi merdu kat tepi telinga ajak pergi tengok binatang. Abang kakak tukang sokong, maklumlah dah lama jugak tak menjejakkan kaki ke dalam zoo.

Dah banyak juga perubahan kat zoo ni tapi binatang macam dah berkurang pulak.  Macam selalu jugak, awal-awal en hubby dah pesan, nak masuk zoo sila jalan kaki takmo naik tram. Dek kerana teruja sangat, laju ajelah budak-budak ni mengangguk.


harga tiket masuk zoo taiping, zoo taiping night safari, tengok binatang, zoo taiping

Haiwan ni sentiasa jadi tarikan pengunjung.  Suka pulak tengok anaknya bergayut comel kat perut ibu dia.  Kawasan bergayut pun dah luas bolehlah main puas-puaskan!


harga tiket masuk zoo taiping, zoo taiping night safari, tengok binatang, zoo taiping

Si harimau kumbang ni bukan main rajin memusing kandang.  Sekejap kat depan sekejap kat belakang.  Harimau ni rasanya dah lama juga kat zoo ni.  Sebelum ni rajin juga bunyi-bunyi. Bila harimau berbunyi, ada jugalah harimau jadi-jadian di luar kandang yang ikut berbunyi..


harga tiket masuk zoo taiping, zoo taiping night safari, tengok binatang, zoo taiping

Itu dia sang kancil.  Kecil je kan! Dik Wan bukan main suka nak cucuk-cucuk daun kat dalam tu. Kononnya bagi kancil makan.  

harga tiket masuk zoo taiping, zoo taiping night safari, tengok binatang, zoo taiping

Yang gagah perkasa ni kalau tak silap seladang.  Bukan main sasa lagi badannya.  En hubby ngan anak-anak siap suap-suap daun yang menjadi makanan sang seladang ni.  Bila nampak batang daun yang memang menjadi makanannya, berderet-deretlah yang lain-lain datang dekat.  Berkilat-kilat badannya...sasa tau!!


harga tiket masuk zoo taiping, zoo taiping night safari, tengok binatang, zoo taiping

Kan akak dah kata.  Memang asal ada peluang aje.  Huhu..boleh jadi penternak ni..


harga tiket masuk zoo taiping, zoo taiping night safari, tengok binatang, zoo taiping

Cik Zirafah ni disebabkan tinggi kenalah angkat sikit dik wan supaya boleh sentuh kepala zirafah.  Memang seronoklah budak-budak ni. Abang kakak yang dah berkali-kali masuk zoo pun, sama sibuk. 


harga tiket masuk zoo taiping, zoo taiping night safari, tengok binatang, zoo taiping

Selesai ronda separuh kawasan zoo, berehat dulu kat tempat permainan ni.  Ni tumpang duduk je tau.  Sementara tunggu yang dua orang main gelungsor dan buai, kami bertiga posing-posing dulu. Ayahnya sila rakam gambar.  Penat oii...dah lama tak pusing zoo.  Berbunyi-bunyi perut kelaparan.


harga tiket masuk zoo taiping, zoo taiping night safari, tengok binatang, zoo taiping

Pada korang yang nak singgah Zoo Taiping, ni akak tampalkan harga tiket masuk.  Kalau masuk Night Safari, sila bayar lebih sikit.  Tiket ni termasuk tiket tram sekali so korang yang nak naik tram tu, lepas masuk ikut pintu utama boleh terus beratur tunggu tram. Yang nak menapak macam kami ni bolehlah teruskan perjalanan. Memang puas menapak !

Akhir sekali sebelum balik, macam biasa kalau dah ke Taiping kena pekena Kuey Teow Dolly. Tapi kali ni tak kesampaian sebab kedai tu penuh sangat. Sampai orang beratur-atur tunggu giliran di luar kedai.  So kami pergilah ke tempat pilihan kedua iaitu makan Yong Tau Foo kat belakang Balai Bomba.  Kat sinilah antara port makan kegemaran kami. Dapat sepinggan yong tau foo makan bergeraklah balik ke rumah sendiri.  Dek kepenatan, walaupun jarak perjalanan tak lah lama sangat, tapi driver bergilir-gilir.

Begitulah acara penutup cuti sekolah yang lepas.  Walaupun tak banyak lokasi yang kami terjah sepanjang cuti sekolah, tapi kami puashati sebab dapat buat aktiviti bersama-sama.

Jom kumpul balik duit dalam tabung !!



You Might Also Like

3 comments

  1. dah lama tak masuk Zoo, Ne dah ada anak boleh la bawak dorang kenal-kenal sedara kat sana. hehe

    ReplyDelete
  2. best dapat spend time dengan family =)

    ReplyDelete
  3. kebetulan.
    memang aida berniat nak ronda perak thn ni.
    lom pernah lg holiday ke perak.
    lalu-lalu aje :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook