Anak Itik Tok Wi

Thursday, January 19, 2017


Assalamualaikum wbt.  Tiba-tiba teringat lagu Anak  Itik Tok Wi.  Ni semua sebab petang-petang selalu dok dengar adik wan layan video lagu Didi dan Kawan-kawan.  


Anak Itik Tok Wi
Mandi Dalam Kolam
Buat Apa Tok Wi
Ubat Limau Lelam

Sakit Apa Tok Wi?
Sakit Sendi Tulang
Ubat Apa Tok Wi
Ubat Sengal Tulang


Korang mesti masa kecil-kecil dulupun suka nyanyi lagu ni kan?




anak itik, lagu kanak-kanak, didi dan kawan-kawan


Melayan kesukaan anak-anak dengan binatang, en hubby beli anak itik pelihara kat rumah.  Sebelum tu kawan hubby bagi 3 ekor itik, tapi sekarang dah tinggal 2 ekor, seekor dah terbang masuk hutan getah depan rumah.  Asalnya  nak sembelih buat rendang tapi tukar pulak nak pelihara dulu bagi keluar telur.   Lepas tu beli pulak anak itik ni.


anak itik, lagu kanak-kanak, didi dan kawan-kawan

Sempat pulak buat reban kat belakang rumah.   Masa ni baru sampai kat rumah, tak boleh lepas dulu, bagi kenal kawasan . Tapi itik ni suka terbang, pantang dapat peluang.  Tak tahulah lepas ni en hubby nak pelihara apa pulak. Layankan je lah minat masing-masing..

You Might Also Like

3 comments

  1. Rajin Azi bela binatang ya
    .
    Entah entah rumah azi banyak kucing juga kan
    .
    hehe
    .
    Itik ni memang sedap telurnya, boleh buat telur masin.
    .
    Dagingnya pun lain dari ayam.
    .
    Tapi orang selalu kata kalau dah bela bintang tu, nak makan macam tak sampai hati pula kan

    ReplyDelete
  2. hi, saya singgah sini follow awak :)

    ReplyDelete
  3. senang ka bela itik ni kak azi....

    tapi itik macam tempat dia kena ada air sikit kan

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook