Adik Dah Besar

Monday, January 09, 2017

Assalamulaikum wbt.

Adik dah besarlah ibu!

Sejak kebelakangan ni, inilah ayat yang rajin diucapkan. Haha....usia baru melepasi 5 tahun. Lahir hujung tahun memang lambat cukup umur.  Kenapa adik kata dah besar? 
Adik baru je lepas baik daripada bersunat.

Seminggu sebelum buka sekolah, en hubby bawa dik wan ke klinik untuk bersunat. Awalnya akak ingat dia takut, rupanya jangkaan meleset. Elok aje dia masuk ke bilik doktor dan keluar dengan senyum-senyum. Anak ibu kuat lah!! Itu je lah yang terungkap masa tu.

Alhamdulillah selesai tanggungjawap yang ini.  Sama usia ketika abang irfan bersunat dahulu. Mudah buat masa kecil begini. Sekarang ni adik dah boleh kayuh basikal dan bermain dengan kawan-kawan macam biasa.


bersunat, kisah anak-anak

Lepas bersunat, selera makan bukan main lagi. Kalau hari cuti, baru lepas makan pagi dah tanya, tengahari nak makan apa. Belumpun magrhrib dah tanya nak makan apa malam nanti.  Memang hari cuti asyik layan selera anak-anak aje.  Kena kontrol jugak ni jangan terlebih zat pulak nanti.

You Might Also Like

1 comments

  1. wow terbaik ni.
    awal ekk bersunat? alhamdulillah.
    izzat tu aida plan next year nak sunat kan dia.
    6 thn in shaa Allah...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook