48 Jam di Pulau Pinang

Friday, January 13, 2017



georgetown festival, apartment Penang, menarik di Penang


Pulau Pinang sedang meningkat naik! Disebabkan oleh pelaburan sektor awam dan swasta dan penyebaran tenaga kreatif - bertitik tolak dari penyenaraian George Town, Pulau Pinang sebagai  tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2008 - Pulau Mutiara itu memang penuh dengan daya tarikan. Daripada makanan jalanan terbaik hinggalah restoran dan bar. Dan budaya jalanannya yang meriah serta berpaksi pada festival keagamaan kini boleh disaksikan di Pusat Seni Persembahan, memaparkan acara seperti Penang World Music Festival, dan juga acara tahunan George Town Festival, bulan yang dipenuhi pameran, pertunjukan dan pembacaan oleh artis dan penulis tempatan dan antarabangsa. Kunjungan anda akan menjadi lebih selesa jika menginap di hotel-hotel butik  yang dibuka di rumah kedai dan banglo era perang dunia ke-2 yang telah diubah suai; begitu juga dengan apartment Penang yang dilengkapi perabot bagi membuatkan anda berasa seperti orang tempatan.

Apa yang boleh dibuat lagi semasa singgah di bandar yang penuh dengan pemandangan yang cantik dan bersejarah itu?  Ikut panduan di bawah untuk menghabiskan hari anda di Pulau Pinang.


PEMANDANGAN DARI PUNCAK


Nikmati pemandangan menakjubkan dari Penang Hill dengan ketinggian 2,750 kaki. Cara paling mudah untuk ke puncak adalah dengan menaiki kereta api funikular. Di puncak, udaranya bersih dan nyaman, dan pemandangannya tiada tolok banding: ke selatan, anda boleh nampak atap genting yang tersusun cantik di George Town; ke utara, bukit bakau yang dibelakangi lautan membiru. Jika anda lebih suka berjalan turun, terdapat denai yang menuju Taman Botanik Pulau Pinang di kaki Penang Hill, kemudian anda boleh dapatkan teksi untuk 30 minit perjalanan pulang ke George Town.


georgetown festival, apartment Penang, menarik di Penang


MATAHARI TERBENAM DI ESPLANAD


Ketika terik mentari mula surut, pelari, pemilik anjing atau pengunjung mula berkumpul di Padang Kota Lama, padang rumput yang terletak di antara dewan bandaraya dan Fort Cornwallis, binaan dari kurun ke 18. Jenguklah kubu itu, kemudian lintas ke seberang jalan menuju esplanad yang menyajikan pemandangan Selat Melaka.

Beli sebungkus kacang rebus daripada penjaja di van putih dan singgahlah di kafe yang ada di esplanad, di mana anda boleh nikmati matahari terbenam sambil minum.


RUMAH CINA


Antara bangunan ubah suai yang dibuka di George Town, Rumah Cina adalah yang paling gah: lebih daripada 10,000 kaki persegi yang menyediakan makanan, minuman dan barangan runcit juga menjual barangan seni di tiga buah rumah kedai yang bersambung dalam kawasan gudang di bandar itu.

Mulakan dengan makan malam di BTB+Resturant, di mana menunya terdiri daripada hidangan Barat, Asia hinggalah ke Timur Tengah; kemudian naik pula ke Galeri I dan II untuk melihat hasil tangan seniman Malaysia dan antarabangsa. Tempat terakhir untuk mengakhiri hari anda adalah di Canteen+Bar yang bergaya, di mana semua golongan berkumpul, dari peminat seni hinggalah yang berkelana dan mereka yang baru pulang kerja memenuhi ruang bar yang dibuat dari besi; sambil menonton persembahan muzik yang ada pada setiap hujung minggu.


RAHSIA MELAYU


Buat tempahan untuk ke Nazlina Spice Station, di mana bekas jurutera elektrik yang ceria, Nazlina Hussin membongkar rahsia masakan Melayu seperti rendang ayam dan ikan masak lemak.

georgetown festival, apartment Penang, menarik di Penang
credit : www.pickles-and-spices.com



Kelas masakan bermula dengan kembara ke pasar tempatan, di mana anda akan merasa jeruk yang diperbuat daripada buah pala tempatan, dan diakhiri dengan jamuan. Atau sambut pagi anda dengan warga tua di institut dim-sum Aik Hoe dan ikut kembara lawatan melawat  mercu tanda seni bina bandar itu dikepalai oleh Penang Heritage Trust.


GAMBARAN KESELURUHAN


Terletak di bekas tapak sekolah yang dibina pada 1800-an, Muzium Negeri Pulau Pinang memberikan gambaran keseluruhan mengenai sejarah pulau, seni bina dan rakyatnya yang berbilang kaum di ruang pameran dua tingkat dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Banyak ruang yang disediakan untuk mempamerkan budaya di dapur, hidangan istimewa tempatan dan juga sejarah kopitiam di Pulau Pinang.


SEJARAH DAN KESENIAN


Di sepanjang Armenian Street, yang dinamakan sempena komuniti pedagang termasuklah adik-beradik Sarkies yang masyhur dengan rangkaian hotel Eastern & Oriental and Raffles, kaya dengan sejarah dan menjadi lubuk pilihan pembeli. Selain dari pangkalan Pulau Pinang untuk Dr. Sun Yat Sen, di mana seni bina Repulikan China yang menggulingkan Dinasti Qing jelas kelihatan, ada empat pertubuhan Hokkien yang beroperasi di sini.


georgetown festival, apartment Penang, menarik di Penang
credit : E&O website


Dengan tokong yang mewah dan muzium yang kecil dan cantik, Khoo Kongsi memang wajib dikunjungi. Lawat galeri dari Studio at Straits, yang mempamerkan hasil karya anak tempatan, ke  Galerie Seni Mutiara, yang mempamerkan hasil karya antarabangsa di tingkat bawah, dan di atas pula, koleksi kekal hasil lukisan artis di era awal kemerdekaan. Gelas buatan tangan ada dijual di Fuan Wong Gallery. China Joe’s, di bawah Studio at Straits, ada menjual busana wanita dan perabot serta kelengkapan rumah berciri kontemporari Asia. Manakala kedai “antik” Chin Seng Leong, adalah lubuk khazanah untuk mereka yang ingin mencari “harta karun”.


HUTAN DAN PANTAI



Bawa tuala anda dan naik teksi menuju ke Taman Negara Pulau Pinang, hutan belantara yang dikelilingi pantai seluas 3,100 ekar barat laut pulau itu, kira-kira 11 batu dari George Town. Selepas mendaftar di pejabat perhutanan, anda boleh naik bot terubuk ke Monkey Beach, di mana anda boleh berenang atau berjemur sebelum berjalan di denai yang sejauh 1.8 batu. Pendakian itu, yang melalui denai yang berturap dan berpasir dan melintasi beberapa teluk terpencil mengambil masa selama 90 minit.

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook