Sambutan Luar Biasa MAHA 2016

Assalamualaikum wbt.  Dengan tema berkonsepkan `Our Food, Our Future' , Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA, telah berjaya mencatat sambutan  yang luar biasa dengan jumlah pengunjung seramai 3.7 juta.  Sangat memberangsangkan sehingga membanjiri tapak ekspo.


maha 2016, sambutan luar biasa, maeps serdang


Akak masih belum berpeluang mengunjungi MAHA ini walaupun memang teringin sangat. Mungkin tahun depan. Mungkin juga berpeluang jadi peserta pulak !! Beberapa orang kawan akak memang dah menjadi peserta tetap MAHA ni. Alhamdulillah memang sambutan luar biasa kata mereka.  MAHA 2016 yang bermula pada 1 Disember 2016 yang lalu, telahpun berakhir pada 11 Disember 2016. Ianya telah berlangsung di MAEPS Serdang.


maha 2016, sambutan luar biasa, maeps serdang



Menariknya MAHA 2016 ini ialah ianya telah membuka lebih banyak peluang kepada perkembangan industri makanan di Malaysia. Baru tahu ada pelbagai produk asas tani dan agro makanan yang ada di negara kita ini. Kira-kira 40 peratus belia terbabit dengan MAHA 2016. Produk-produk dijual dengan harga diskaun menarik dan lebih murah daripada biasa. Ini memberi peluang lebih ramai mendapatkan pelbagai jenis barangan. Bila dah suka, boleh cari lagi!


maha 2016, sambutan luar biasa, maeps serdang



Di MAHA 2016 ini juga memperlihatkan pendekatan agrotainment mendapat sambutan hangat. Antaranya seperti Kampung Mok Cun, Upin  Ipin dan festival muzik yang rata-ratanya memang memberi impak positif untuk menarik lebih ramai pengunjung.  

Tahniah pada pihak penganjur MAHA 2016 yang berjaya mencapai tahap kejayaan luar biasa. Harap-harap tahun depan lebih hebat lagi. Kena masuk kalendar dan wish list tahun depan ni. Tahniah MAHA!!




1 Comments

  1. Ada pergi hari tu. lepas subuh terus gerak nasib ada parking kosong. hehe. senang skit nak jaln2x kat sana.

    ReplyDelete