Assalamualaikum wbt.  Macam biasa sebelum berakhir tahun, mesti ada sesi engagement terakhir dengan rakan-rakan seofis.  Kali ni tidak ada paksaan untuk semua turut serta. Siapa yang berminat boleh turun padang. Padang bowling hehehe...

Dah lama tak berbowling, ke laut jugak balingan akak ni. Tambah-tambah pulak kena uruskan aktiviti ni jadi tak boleh fokus sangat. Alasan kan!! Eh tapi memang betul akak yang uruskan games kali ini.  Memang meriah jugaklah. Yang awalnya sekadar nak jadi penyokong pun sibuk nak join main sekali.  Dengan 24 orang pemain, guna 6 lane je pun dah meriuhkan gelanggan bowling di Megamall Seberang Perai.  Memang riuhlah. Melepaskan stress sama selepas setahun berhempas pulas untuk memastikan capai target yang ditetapkan.  Bila capai barulah seronok nak terima habuan tahun depan. 

aktiviti pejabat, bowling, riadah bersama

4 kumpulan yang bertarung. Dua kumpulan lagi tak sempat bergambar. Seronok sangat dapat pegang bila bowling.  Officemate daripada pelbagai peringkat usia tapi semua sporting.  Masa ni tak kira dah kau bos ke kau orang bawahan ke..semua sama.  Satu pasukan.


aktiviti pejabat, bowling, riadah bersama

Gaya amatur.  Yang pura-pura bergaya pun ada.  Alahai bila kau yang uruskan permainan memang banyak yang kau terlepaskan. Berposing salah satunya...hahha

aktiviti pejabat, bowling, riadah bersama

Kena masuk frame jugak. Macam takde gaya lain dah bila bergambar..mesti nak peace!!!


aktiviti pejabat, bowling, riadah bersama

Sesi penyampaian hadiah.  Bukan hadiah jadi ukuran, penglibatan itulah yang memainkan peranan dalam menjaga keharmonian tempat kerja.  


aktiviti pejabat, bowling, riadah bersama

Inilah kami.  Ofismate kami memang ramai lelaki. Tahun depan pikir lagi apa aktiviti yang menarik untuk dijalankan. Empat kali setahun.....hmmmmm...



0 Comments