Rahsia Masak Sotong Tak Kecut

Wednesday, December 28, 2016

Assalamualaikum wbt.  Suka makan sotong? Sotong antara favorite akak.  Dulu tak berapa suka. Tapi sekarang pantang jumpa terutama bila ke pasar malam jumpa orang jual sotong saiz besar-besar tu.  Sangat suka akak membelinya. Cukup seekor, paling kurang boleh buat dua kali masakan.  

Akak satu ketika dulu tak pandai masak sotong. Sebab tu tak berapa suka. Hahhhaa....
Kenapa tak suka ? Sotong ni bila dimasak, daripada saiz besar dia jadi kecil. Geram tau!! Tapi bila makan di kedai, elok pulak saiznya.  Masa tu dok terfikirlah macamana la tukang masak kat kedai tu buat.

Rahsia Masak Sotong

Satu yang akak perati bila otai-otai masak sotong, depa suka panaskan dahulu sotong tersebut dalam kuali atau periuk panas. Tak perlu masuk air, letakkan sahaja sotong tu dalam kuali dan kacau-kacau sekejap. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan air yang ada pada sotong tersebut. Tak perlu lama dalam seminit sahaja, tapi pastikan kuali betul-betul panas.

Lepas tu keluarkanlah. Dah boleh la kalau nak goreng ke, masak sambal ke...barulah dia tak kecut sangat. Bila dah pandai masak barulah akak suka makan sotong. 


masak sotong, rahsia masak sotong, sotong sambal

Puashati bila masak, saiznya tak terlalu mengecil.
Mungkin korang ada cara lain. Jom kongsikan!


You Might Also Like

5 comments

  1. ermm baru taww tips tu.. boleh di aplikasikan ler nanti nak masak sotong... tambah petai tu betul2 bangkit selera

    ReplyDelete
  2. Kak Azi...SA masak sotong malam ni utk bekal esok...hehehe...well biasanya SA basuh dulu sotong sebelum siang..then tapiskan dia...amik tisu dapur lap2 kan dia bagi kering..then baru potong...masak tak lama..dalam 2-3 min je sebab sotong cepat masak...

    ReplyDelete
  3. Ohh baru tahu, boleh cuba buat nanti :)

    ReplyDelete
  4. emm, dap2 tengok kaler sambal tu..

    ReplyDelete
  5. bru tau..leh buat nnti..sbb yui suka gak stg

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook