Masa Cutilah Boleh Buat Macam-macam Aktiviti

Monday, December 05, 2016

Assalamualaikum wbt.  Seronok week end bila anak-anak semua ada kat rumah.  Kali ni awal-awal dah plan apa nak buat untuk minggu pertama cuti sekolah ni.  Memandangkan tahun depan ketiga-tiga anak akak ada exam besar jadi cuti sekolah kali ni plan cuti awal-awal.  Abang Irfan dah minta untuk dihantar ke kelas express tuition masa cuti ni sebelum balik ke asrama.  Senyum akak dengar sebab tak perlu suruh-suruh, dah sukarela nak buat.  Kakak-kakak dah plan akan mula seawal Januari nanti.

Sebagai compliment untuk keputusan peperiksaan dan hasil usaha sepanjang sesi persekolahan 2016, akak dah plan nak bawa anak-anak berehat di samping akak bekerja.  Tapi sebelum tu, hujung minggu baru ni dah buat kerahan tenaga membersihkan rumah dari depan sampai belakang.  Sabtu pagi awal-awal dah siapkan sarapan untuk tenaga-tenaga muda ni. Ketang ketung kat dapur sorang-sorang. Siap tiga menu ringkas. Buat serba sedikit. Mee hoon goreng, maggi goreng dan speghetti goreng seafood sardin.  Buat sampai tiga menu ni sebab nak menghabiskan bahan-bahan yang ada kat rumah sebelum restok untuk bulan ni pulak.  Dah siap hidang semua baru siren masa makan berbunyi. Siren daripada mulut akak ler tu.


aktiviti cuti sekolah, 5s rumah, masak-masak, aktiviti bersama

Speghetti goreng seafood sardin, mudah nak buat. Ikan sardin korang hancur-hancurkan. Tumis bawang seperti biasa. Masukkan sos original prego, masukkan sardin hancur dan seafood lain yang korang ada. Kacau dan rasa. Siapp!!


aktiviti cuti sekolah, 5s rumah, masak-masak, aktiviti bersama

Mee hoon goreng biasa aje. Tak berapa pedas sebab adik wan suka makan mee hoon goreng. So kenalah buat yang kurang pedas supaya dia boleh makan banyak-banyak!


aktiviti cuti sekolah, 5s rumah, masak-masak, aktiviti bersama

Ni akak yang teringin sebenarnya. Dah lama tak makan maggi goreng sendiri. Buat pun sikit, 2 bungkus aje. Makan share-share. Bila makan berebut memang semua makanan jadi sedap!!


Hari sabtu, aktiviti 5s rumah bermula. Kami mulakan dengan ruang tamu. Pada yang pernah singgah rumah akak,memang tau lah betapa seninya adik wan kat rumah. Habis dinding-dinding rumah jadi kertas lukisan paling besar untuk dia berkarya.  So en hubby kata, kita cat semula. Tak perlu fikir banyak, gunakan warna yang sama so boleh save budget. Cat satu tin pun sekarang boleh tahan harganya.  Sebelum mulakan aktiviti mengecat, kenalah alih segala sofa dan meja yang berkaitan.  Sebelum tu dah plan nak pindahkan meja makan panjang di ruang dapur ke ruang tamu untuk memudahkan anak-anak buat kerja sekolah dan senang akak nak pantau nanti.  Rumah tak besar mana so ruang agak terhad, kenalah pandai-pandai adjust.  Jenuh jugak bila buat operasi besar-besaran ni.  By petang selesai ruang tamu, ruang menonton. Macam-macam khazanah jumpa bawah sofa, dalam laci meja, belakang sofa....hmmmm..


aktiviti cuti sekolah, 5s rumah, masak-masak, aktiviti bersama


Ahad, dapur pulak.  Berbekalkan sekuali nasi goreng, agak lewat mulakan aktiviti.  Lagi macam-macam akak jumpa. Tak termasuk berplastik-plastik sampah barang-barang yang dikategorikan sebagai  tak guna lagi dan perlu keluar dari rumah samada dibuang atau disedekahkan pada mereka yang memerlukan.  Kali ni memang nak minimalis barang-barang dalam rumah, jadi tiada lagi istilah simpan....esok-esok boleh guna.  Kena buat macam tu baru barang boleh berkurang dari dalam rumah.

Akak ambil task kemas almari buku. Baru tersedar, punyelah banyak novel dalam simpanan. Ada yang tak baca lagi pun. En Hubby tanya, ni semua dah baca ke?....hahha...jangan tak percaya ...isteri awak ni rajin membaca tau!! Cadangnya nak buat jualan pre-love item, en hubby tak bagi pulak. So kenalah susun-susun elok-elok dulu, kalau rajin nanti boleh buat mini library.

Tiga orang anak dah memenuhkan sebahagian almari dengan pingat dan plak-plak yang diperolehi hasil daripada kejayaan dalam akademik dan juga penglibatan dalam sukan.  Memang ketiga-tiganya mempunyai kecenderungan yang sama dan saling bersaing.  Sijil-sijil pun kena buat sorang satu fail. Item-item ini kenalah simpan untuk kenang-kenangan mereka nanti. Seronok rasanya bila tengok penglibatan mereka dan hasil yang dah diperolehi setakat ini.

Dua hari berturut-turut mengemas, memang penat tak terkira.  Makan pun mana sempat aje sebab rumah bersepah sana sini.  By petang siaplah semuanya. Nampaklah kemas banyak. Harap boleh bertahan lama.  Tak banyak gambar yang sempat ambil.   Selesai satu hujung minggu cuti sekolah.  Ada lagi beberapa hujung  minggu untuk beraktiviti bersama-sama ...hahha.......

You Might Also Like

1 comments

  1. Sekolah cutu, jalan raya tak begitu sesak waktu pagi.

    Cantik cartoon tu.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook