Mai Buat Cucoq Udang

Thursday, December 15, 2016

Assalamualaikum wbt.  Hujan-hujan perut lapar saja.  Tambah-tambah cuti sekolah, anak-anak asyik tanya..ibu, apa ada ..lapar la... Mak-mak kena kreatif memikir apa nak masak.  Biasanya kat rumah akak ni, en hubby lah yang akan keluarkan idea nak makan apa.  Asalkan bahan ada kat rumah....akak yang menurut perintah. Janji perut yang minta diisi dalam ditunaikan.

Bila nak cepat, yang paling ringkas dan mudah akan jadi pilihan.  Kalau bulan puasa cucoq udang ni memang pilihan masa berbuka. En hubby kata `jom kita try buat macam orang jual kat pasar ramadhan tu'.  Haha...mana-mana je lah. Bahan-bahan tak susah mana.  Akak listkan bahan yang akak guna, sukatan korang agak-agak banyak mana nak buat.

Taugeh
Daun kucai
Cili merah
Daun bawang
* semua ni korang potong-potong kan kecuali taugeh


cucoq udang sedap, cucoq udang utara, resepi cucoq udang


Udang sederhana besar - bersihkan tapi jangan buang kepala, ekor dan kulitnya
Tepung gandum - bancuh dengan sedikit  garam dan air, jangan cair sangat, jangan pekat sangat
Baking powder - sedikit je, tak letak pun tak apa

Minyak untuk menggoreng

Akak suka tengok bentuk cucoq udang yang dijual tu, sama saja. Apa rahsianya? Haa....guna acuan. Acuan apa? Akak guna senduk aje. Panaskan dulu senduk tu dalam minyak yang panas. Mula-mula tu macam rajin, letak dulu taugeh dan kucai cili daun bawang yang dah potong tadi dalam senduk, letak 2,3 ekor udang dan baru curahkan sesudu dua bancuhan tepung. Lepas tu masukkan dalam kuali. Biarkan sekejap, goyang-goyangkan supaya tertanggal. Elok jadinya bentuk cucoq udang tu.


cucoq udang sedap, cucoq udang utara, resepi cucoq udang


cucoq udang sedap, cucoq udang utara, resepi cucoq udang


Bila anak-anak sorang sorang dok ulang masuk dapur, maka untuk mempercepatkan kerja, masukkan semua sayur-sayur tadi ke dalam bancuhan tepung. Masukkan juga udang dan gaulkan. Lepas tu gunakan senduk dan curahkan di bahagian tepi kuali yang panas. Tujuan dia nak bagi cucoq udang ni panjang-panjang sikit dan tak tebal sangat.

Beginilah kejadian cucoq udang kami.  Mudah dan lagi cepat.  Nampak macam hangus tapi akak memang suka goreng bagi garing-garing sikit bahagian tepinya supaya bila kunyah terdengar bunyi kruk krak kruk krak.


cucoq udang sedap, cucoq udang utara, resepi cucoq udang


Dah siap, bolehlah cicah dengan sos atau kuah kacang.  Kuah kacang ni jangan tanya resepi sebab akak beli yang segera punya. Bancuh-bancuh dan panaskan dalam kuali. Kalau nak sedap lagi boleh la tambah sikit santan dan air serta masak semula bagi pecah minyak.

Seronok tengok bila anak-anak berselera makan. Bolehlah nak buat untuk minum petang.

You Might Also Like

4 comments

  1. sedapnyaaaaaa....nak jugakkkkk....esok pagi nak buat la..Dania masih dengan SA kat KL...

    ReplyDelete
  2. sedapnya.... nanti nk cuba resepi kak azi laa plk. biasa aina main campak2, gaul2, dah jadi. heee

    ReplyDelete
  3. Mlm mlm tgk cucoq udang ni teringin pulak... Hihi...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook