Kenangan Terindah di Hotel Kota Bharu.



Sekarang ni sana sini ramai kawan-kawan yang sibuk update tempat bercuti mereka. Akak pun ada juga tempat menarik yang dah plan untuk dilawati. Tambah-tambah dengan anak-anak yang sedang bercuti sekolah sekarang ni. Korang plan nak bercuti ke mana?  Kalau masih belum tahu ke mana tempat percutian menarik yang korang perlu pergi, akak nak cadangkan satu tempat ni. Apa kata korang cuba jelajah bandar Kota Bharu, Kelantan. Akak pernah ke sana beberapa tahun lepas, rasa teringin juga ke sana lagi kalau berkesempatan.  Seperti yang korang tahu Kota Bharu ni ialah ibu negeri Kelantan dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ni juga terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Ada pelbagai perkara menarik untuk korang explore di sini. Antaranya pasar jualan, tempat bersejarah, tempat makan best serta unik, pantai untuk lepak dan juga aktiviti membeli-belah di kawasan bebas cukai di Pengkalan Kubor ataupun Rantau Panjang. Tambahan pula, bandarnya kini sudah mempunyai banyak kemudahan penginapan yang menarik. Kalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya, hotel di Kota Bharu ni tumbuh macam cendawan selepas hujan. Sebut saja tempat penginapan murah, hotel bajet, hotel mahal semuanya ada. Jadi, korang boleh pilih ikut kemampuan korang.


kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka
credit photo : google


kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka

Berjalan-jalan di muzium

kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka


Pelbagai Pilihan Penginapan di Kota Bharu


Biasanya bila berjalan jauh ni, tempat yang akan akak survey dulu ialah tempat penginapan yang sesuai dan selesa untuk akak sekeluarga. Di Kota Bahru, kalau korang mencari tempat penginapan yang betul-betul selesa dan 5 bintang, hanya ada beberapa saja yang agak menepati piawaiannya. Contohnya, korang boleh cuba menginap di Hotel Perdana Kota Bharu. Pastinya ia akan menjadi kenangan yang terindah untuk korang. Bestnya hotel ni adalah kerana kedudukannya yang strategik di tengah bandar. Banyak tempat yang korang boleh pergi dengan hanya berjalan kaki saja dari tempat ni seperti Muzium Kelantan, Bulatan Jam, Kedai Kopi Din Tokyo, Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Istana Kelantan dan Nasi Ulam Cikgu. Kalau korang nak tahu, tempat ni mempunyai 272 bilik di mana ia mempunyai 2 wing serta mempunyai 6 jenis bilik yang besar dan sangat awesome! Permandangan dari bilik juga sangat cantik boleh nampak Perpustakaan Awam Kelantan, Bazaar Tok Guru dan sebagainya. Staf di sini juga sangat baik layanannya dan mesra dengan senyuman. Banyak juga fasiliti yang boleh korang dapat di sini seperti gym, spa, kolam renang dan business centre.


kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka

kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka
credit photo : website hotel perdana

Apa Lagi Yang Menarik Di Kota Bharu


Kalau berada di Kota Bharu, adalah tidak lengkap kalau tak singgah ke salah satu destinasi membeli belah yang sangat popular di Kota Bharu ialah Pasar Besar Siti Khadijah yang mempunyai pelbagai jenis barang jualan samada kering atau basah.



kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka
credit photo : kelantandarulnaim.weebly

Pasar Besar Siti Khadijah yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai jenis jualan yang menarik terutamanya makanan.

Bagi wanita, kalau korang nak shopping baju raya, telekung sembahyang, perkakas hantaran perkahwinan, kain ela dan tudung, di sinilah tempat yang sesuai dan korang pasti akan rambang mata untuk memilihnya sebab kebanyakannya harga yang ditawarkan oleh mereka memang murah. Bagi korang yang baru pertama kali datang ke Kota Bharu ni pastikan korang singgah ke Pasar Wakaf Che Yeh juga tau. Kalau tak singgah ke sini ibarat korang makan nasi tidak berkuah dan menyanyi tidak beriramalah jawabnya. Rugi habaq hang!!!! Suasana dekat pasar ni mula meriah di sebelah malam sehinggalah ke pagi esoknya. Jadi, bolehlah korang lepak dan cuci mata di sini sampai puas.


kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka
credit photo : google


Wakaf Che Yeh di waktu malam.  Pintu gerbang yang menarik sebagai mercu tanda pengunjung.

Kota Bharu juga punyai pantai-pantai yang menarik.  Kalau korang jenis yang suka lepak-lepak dekat pantai bolehlah datang ke Pantai Cahaya Bulan atau dulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Pantai ni merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Ia bukanlah seperti pantai-pantai lain yang terkenal dengan kawasan peranginan yang mana pengunjung boleh mandi pantai, bermain jetski dan seumpamanya tapi lebih kepada tempat orang nak bersantai dan makan-makan di tepi pantai. Kalau korang datang ke Pantai Cahaya Bulan bersama anak-anak, bolehlah bermain layang-layang yang dijual oleh peniaga disini. Terdapat juga beberapa resort dan hotel Kota Bharu di sekitar pantai ini serta deretan warung makan dan gerai yang korang boleh menikmati makanannya sambil merasa angin pantai.


kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka
credit phote : come2kelantan

Berehat-rehat di tepi pantai memang menyeronokkan


Pilihan Makanan Yang Membuka Selera 


Kalau dah sampai Kota Bharu, jangan lupa mencuba masakan Kelantan yang sedap-sedap. Walaupun makanan hotel di Kota Bharu ni juga ada yang menyediakan masakan Kelantan tapi tetap ada kelainan rasa dengan restoran-restoran yang ada di sekitar bandar ni. Bagi korang yang bukan orang Kelantan atau tak pernah rasa masakan orang Kelantan, aku cadangkan korang cuba di Restoran Syakila. Lokasinya berdekatan dengan Hospital Kota Bharu Medical Centre. Juadah lauk tengahari di sini sangat banyak tau. Boleh rambang mata juga untuk memilih. Hihi. Restoran Nasi Ulam juga sangat popular di sini dengan hidangan masakan orang Melayu Kelantan yang sedap dan panas-panas lagi. Hidangan makanan di sini kalau nak lebih sedap lagi korang boleh cuba makan dengan budu. Haaa, barulah terangkat sikit rasa dia.  Korang kena datang awal, kalau tidak beratur panjanglah jawapnya.

kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka
credit phote : come2kelantan

Restoran Nasi Ulam ini memang sangat terkenal di Kota Bharu. Pelbagai jenis ulam dan lauk pauk ada di sini. Memang puas makan. Lepas tu boleh ronda-ronda di Kg Kraftangan yang juga berada d sini.


kota bharu, bercuti di kota bharu, penginapan bagus, traveloka
credit photo : tripAdvisor

Makan dengan nasi panas-panas lauk begini memang menyelerakan 


Tambahan lagi, kalau korang nak cari keunikkan sarapan di sini sememangnya banyak tempat yang boleh korang terokai tapi paling unik bagi akak ialah bersarapan di Warung Pokloh Milo Menunggeng. Banyak juga pilihan sarapan pagi yang disediakan dan semuanya memang sudah siap dibungkus di dalam plastik. Semua menu popular di Kelantan boleh dijumpai kat kedai ni. Jadi, korang makanlah puas-puas. Masih banyak lagi benda yang menarik yang boleh korang rasai di bandar Kota Bharu, Kelantan ni untuk dijadikan sebagai kenangan terindah dalam hidup korang. Tapi pastikan korang ada masa yang panjang ya.

Memang tak puas menikmati keistimewaan Kota Bharu kalau sehari dua di sini. Kena buat perancangan betul-betul supaya perjalanan korang menjadi kenangan yang terindah untuk korang dan keluarga ataupun kawan-kawan.





1 Comments

  1. Betul tu! kalau nak jelajah satu kelantan ni memang makan minggu kadang2 tu! Selain tempat2 ni semua, saya pun ada share tempat menarik di kelantan tau, kalau nak tengok, link saya letakkan di bawah ya? :D

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-kelantan/

    ReplyDelete