Hari Penuh Keajaiban Dengan Rangkaian Produk Enchanteur

Wednesday, December 21, 2016



Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun karier. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Korang nak tahu tak  rahsianya?


produk enchanteur, harga enchanteur, price, wangian, lotion, gel mandian, eu de toilette

Dalam kotak ini rahsia tersembunyi. Akak nak share dengan korang supaya korang pun boleh rasai kesegarannya dan lalui hari-hari dengan yakin.



Enchanteur Mencipta Detik Indah


Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina hubungan istimewa.

Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.


produk enchanteur, harga enchanteur, price, wangian, lotion, gel mandian, eu de toilette

Koleksi dalam kotak tadi.  Harum sangat!!



Seharian Bersama Enchanteur

Enchanteur Perfumed Shower Creme :

Mulakan hari korang dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai hari korang. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin harian. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian korang penuh kemewahan serta menjadikan korang berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu korang untuk rasa lebih relaks dan rasa seperti dimanjakan.


produk enchanteur, harga enchanteur, price, wangian, lotion, gel mandian, eu de toilette

Shower creme dan perfumed lotion.  Memang wangi sampaikan anak-anak pun sibuk nak mandi dalam bilik mandi ibu.  Okaylah lepas ni kita tambah stok untuk bilik mandi korang pulak.



Enchanteur Perfumed Lotion :

Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari.


produk enchanteur, harga enchanteur, price, wangian, lotion, gel mandian, eu de toilette

Pilihan lain yang ada. Semuanya wangi-wangi.


Enchanteur Perfumed Roll-on Deodorant /Body Mist :

Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk korang menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.


produk enchanteur, harga enchanteur, price, wangian, lotion, gel mandian, eu de toilette




Enchanteur Eau de Toilette :

Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan. Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.


produk enchanteur, harga enchanteur, price, wangian, lotion, gel mandian, eu de toilette

Ini yang paling akak suka. Wangiannya lembut aje sesuai dengan jiwa akak.  Bila guna sedikit pun dah rasa...hmmmmmm.....korang kena cuba!!


Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik.  Cipta detik-detik istimewa indah korang bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama.

Maklumat Produk

Akak dah mula menyukai bau-bauan daripada rangkaian Enchanteur ini.  Memang rasa segar dan selesa. Kalau korang tak percaya, korang boleh dapatkan rangkaian produk ini. Harganya juga berpatutan. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.


produk enchanteur, harga enchanteur, price, wangian, lotion, gel mandian, eu de toilette

Dah kongsi rahsia dengan korang.  Rasailah hari penuh keajaiban dengan rangkaian produk Enchanteur ini. Korang mesti suka.


Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

You Might Also Like

1 comments

  1. dulu je aina pakai perfume n deodorant enchanteur. skrg dah tukar ke nivea tapi perfume jenama lain

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook