Assalamualaikum wbt. Penghujung November baru ni akak kena pergi training nun jauh kat Port Dickson. Bestnya kalau dihantar bercuti!! Lokasinya di The Thistle Resort, Port Dickson. Tengok gambar website pun dah rasa bukan main seronok.  Tapi training yer..bukan berjimba!! Dek kerana hari Jumaat ada program di HQ, bos akak suruh aje kami yang terpilih ke PD terus ke KL. So daripada Rabu sampai Jumaat pagi di PD, terus sambung ke KL. Kalau ikut Sabtu ler baru nak tengok rumah semula.

Bila lama nak kena out station, tambah-tambah cuti sekolah, anak-anak pun kepanasan minta nak ikut.  Fikir punya fikir, okaylah mak korang angkut sekali anak-anak dan bapaknya.  Sesi mencari bilik dan aktiviti untuk mereka pulak.  Mujur ada rakan yang nak bawa family jugak, so akak pun arrange arrange lah supaya kami tak lah keluar kos yang tinggi untuk sama-sama family tinggal di The Thistle ni.  Bukan murah ko bilik dia.  Dengan anak-anak dah pesan siap-siap, sila plan sendiri aktiviti korang dengan ayah sebab mak korang kena kurung dalam dewan sampai malam. Nasib baik juga en hubby bekerja sendiri, mudahlah nak arrange cuti.

the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja

Cantik tau kolam mandi kat sini. Tapi akak tak sempat terjun walau sekalipun. Lalu tepi-tepi kolam je. Hari kedua sepatutnya ada aktiviti di kolam, tapi disebabkan hujan selebat-lebatnya semua aktiviti jadi in door aje. Yang paling seronok melompat, terjun tiruk semua anak-anaklah. Asal celik mata je, nak pergi kolam. Akak??... Tengok gambar depa ja la..


Hari pertama berworksyop memang keletihan semuanya. Kebanyakan dari kami travel hari sama, akak pun sampai PD dah jam 1.30 tengahari, check in jam 2 petang, program mula jam 2.30pm. Memang sepenuhnya lepaskan budak-budak ni bawah jagaan ayah diaorang. Hari pertama, briefing briefing..briefing...mengantuk korang....

the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja

the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja

Hari pertama lepas check in. Geng-geng meja belakang. Tapi geng ni la yang selalu jadi spot light MC tanya soalan. Nak buat macamana dah MC tu bos kami di HQ jugak. Memang dia dok aimed kat meja kami selalu lah..


Satu-satunya aktiviti yang membuka mata aku secerah-cerahnya...KAHOT. Korang tahu tak apa dia KAHOT ? Akak pun baru terjebak. Aktiviti jawap soalan kuiz aje sebenarnya tapi guna application yang perlu download kat mobile. Lepas tu ada limit masa korang kena jawap. Yang paling pantas jawap adalah pemenang. Masa games ni je la akak tengok masing-masing celik mata. Ye la first day kan..penat travel lagi.

the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja

Korang kalau ada training, cuba masukkan aktiviti ni. Memang menarik perhatian. 


Korang tengok je la riang gembiranya kami berworksyop.

the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja

Hari kedua, pagi ada aero dance.  Senaman pagi tepi pantai. Memang best. Masa ni dah rupa budak-budak dapat main dah.  Huhu..pantai tu pun akak tak sempat jejak. 


the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja


Mak-mak budak ni pantang berkumpul. Bergambar sudah semestinya.  Bersenam bukan keluar peluh sangat pun. 


the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja

Lepas bermain, breakfast, hari kedua adalah hari yang agak stress sikit sebab sesi perbincangan dah bermula.  Akak dan lappy memang tak boleh dipisahkan.  Sukarela jadi tukang buat slide untuk kumpulan.


the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja

Training kat hotel ni salah satu yang bestnya bab makan. Breakfast, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malama...semua complete.  Tapi makan kat hotel ni, boleh tahan 2-3 hari je la...lepas tu akak dah jemu..nak makan kedai jugak!!


the thistle port dickson, worsyop, out station, cuti dan kerja

Inilah kumpulan akak.  Masa ni tengah bersiap sedia nak mula  corporate game yang terpaksa buat indoors je sebab hari baru lepas hujan lebat dan tak sesuai untuk aktiviti luar.  Happening sangat!! Gambar pun macam-macam gaya, tak tahu ada kat kamera siapa.

Setahun sekali aktiviti jauh macam ni menggabungkan semua rakan-rakan seangkatan daripada seluruh pelusuk negara memang menyeronokkan.  Sambil berkongsi idea, dapat juga bertukar cerita suka duka menjalankan tugas harian.  

Buat korang yang mencari tempat penginapan menarik di Port Dickson, boleh cuba stay kat The Thistle ni.  Biliknya agak besar, cukup untuk akak sekeluarga. Lokasinya pun tak jauh daripada kedai-kedai makan menarik dan tempat-tempat menarik di PD. Yang penting, kalau korang bawa budak-budak, memang puaslah diaorang berendam kat kolam renang. 

Kalau ada peluang, memang akak nak  berkunjung lagi ke sini.  Terima kasih pada rakan-rakan dan urusetia yang berkongsi gambar-gambar ini.




1 Comments

  1. eh kak azi pun main kahoot. hehe tempat dia lawa. lain kli boleh lah ajk family ke kwn2 gi the thistle.

    ReplyDelete