Assalamualaikum wbt.  Disember pelbagai cerita. Baru-baru ini akak dikejutkan dengan berita perpisahan teman belajar suatu ketika dulu. Bukan sekadar perpisahan, tapi perkahwinan semula selepas jarak yang agak dekat atas pilihan keluarga.

Kenapa berpisah? Soalan keramat yang kami tanya bertalu-talu pada teman. Si dia curang. Curang? Tak dapat diterima akal yang waras pada ketika itu. Yeah mungkin akak tahu cerita sebenar dari kedua-dua belah pihak. Apapun berita itu sangat mengejutkan sementelah lagi sebelum ini mereka bukanlah kelihatan seperti bermasalah. Dengan lima orang zuriat yang telah dikurniakan Allah sebagai amanah untuk kedua mereka.  Sejauh mana benar kecurangan itu hanya mereka yang tahu.

Jujurnya banyak juga yang akak dah dapat tahu susur galur perpisahan mereka. Walau masih ada sisa rasa kenapa? Kenapa? Kenapa? Tapi redha dengan takdir Allah. Moga kedua mereka dapat meneruskan perjuangan mereka dengan jalan yang benar.  Demi anak-anak, akak harap kedua mereka bersatu membesarkan anak-anak.

Alam rumahtangga bukan mudah untuk dilalui. Bukan sekadar kekuatan dari segi material, tapi kekuatan dalaman juga perlu.  Cari ilmu, cari ..cari dan teruskan pencarian.  Ilmu berumahtangga tidak akan tamat selagi kita masih bernyawa.  Rajin-rajinlah bersembang dengan mereka yang telah berpuluh tahun bersama. Tipu kalau kata tidak ada sengketa. Tapi sebenarnya sengketa itulah yang merapatkan lagi hubungan keduanya.  


perpisahan, keluarga bahagia, family



Elakkan juga campurtangan keluarga dalam membuat keputusan. Seawalnya sebelum mendirikan rumahtangga, pastikan restu ibu terutamanya diperolehi.  Insya Allah aman rrumahtangga yang dibina.  Bila dah berdua, pandai-pandailah pasangan mendidik satu sama lain supaya hubungan antara keluarga semakin akrab. Jangan putus doa. Jangan putus harap. Jangan sesekali biarkan pasangan kita bersendiri mencari arah untuk diterima dalam keluarga kita. 

Bagi akak, bila berlaku perpisahan, impak paling kuat adalah pada anak-anak. Kalau tidak ada pemberontakan sekarang, suatu hari nanti akan timbul juga. Pandai-pandailah ditangani. Walau di bawah jagaan siapapun mereka, jangan sekali-kali dimomok-momokkan dengan keburukan pasangan.  Walaupun anak-anak terlihat sendiri, cuba tekankan kebaikan pada mereka.  Perkara buruk memang mudah untuk dilihat, disampaikan tetapi yang baik itu suatu yang sukar untuk disuarakan.

Emo akak bab-bab gini, mungkin kerana akak kenal kedua-dua mereka setelah sekian lama. Terkilan sebab tidak dapat membantu sebelum roboh. Akak harap keduanya tabah.  Perjalanan masih panjang.  Masih belum terlambat untuk kembali ke jalan yang betul sekiranya betul satu pihak lagi curang.  Jangan sampai terus tersasar.  


0 Comments