Ambil Angin Tepi Laut Padang Kota

Tuesday, December 20, 2016

Assalamualaikum wbt.  Menghabiskan cuti sehari bersama keluarga memang merupakan saat yang paling menyeronokkan.  Cuti sekolah kali ini memang takde plan bercuti jauh-jauh. Kalau ada pun sekadar jarak perjalanan yang tidak memerlukan kami bermalam di mana-mana kecuali rumah sendiri.

Sepetang jalan-jalan cari pasal di Bandar Georgetown.  Bawa family kakak ipar menghabiskan masa sementara tunggu flight malam ke KLIA.  Akak pun bercuti juga.  Tempat pertama yang dituju ialah kedai nasi kandar. Tak sempat nak bergambar sebab lapar sama...hahhaa..tak senonohkan!!

Singgah makan di Restoran Hameediyah. Dah lama tak singgah sini. Kalau korang teringin nak makan ayam goreng bawang yang sedap boleh singgah sini.  Akak betul-betul lupa nak ambil gambar, sibuk melayan tetamu. Kedai pun penuh dengan pengunjung yang macam kami..mencari makan. Kalau korang nak rasa makan di sini, korang kenalah cari meja dulu, lepas tu baru order makan. Tempat makan dan tempat order adalah selang beberapa kedai di deretan yang sama.  Akak pun baru tau sebab dah lama sangat tak singgah makan kat sini.  


jalan-jalan bandar georgetown, jalan-jalan padang kota, pulau pinang


Lepas makan, hari pula nak hujan.  Habiskan masa ronda-ronda di Padang Kota.  Ombak besar masa ni.  Seronok juga lepak tepi laut sambil tengok kapal besar.  Memang betul-betul sesi menghabiskan masa.  Lebih seronok budak-budak nilah sebab dah lama tak jumpa.  Dah macam rombongan pulak. 


jalan-jalan bandar georgetown, jalan-jalan padang kota, pulau pinang


Kalau takde plan berjalan jauh, macam ni la cara nak menghabiskan cuti sekolah.  Banyak lagi lokasi di Penang ni yang kami tak terjah lagi. Ada lagi seminggu lebih nak melayan budak-budak ni sebelum mula mengadap buku semula.




You Might Also Like

2 comments

  1. Salam ..singgah sini.. salam kenal sis.. seronoknya berjalan2

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook