Tanda-tanda Pilihanraya Dah Hampir Ke?

Thursday, November 03, 2016

Assalamualaikum wbt.  Bahang isu kenaikan minyak masih lagi hangat diperkatakan sana sini. Kalau buka fb tu memang ramai yang memberi komen macam-macam.  Tapi akak bukan nak cerita pasal kenaikan harga minyak, hari tu akak dah cerita.  

Semalam akak balik kerja, dah masuk jalan taman, dah dekat sampai rumah tapi tak boleh nak masuk.  Sekumpulan pekerja sedang buat kerja-kerja menurap jalan betul-betul depan pagar  masuk rumah akak.  Alahai, korang petang-petang sangat dah baru nak mula. Sebenarnya sebelum cuti Deepavali lagi, depa ni dah parking kenderaan steamroll kat laluan masuk ke rumah ni tapi elok sehari sebelum cuti panjang tu, kenderaan tu dialih pulak ke tempat lain. Ingatkan dah tak jadi nak repair jalan. 


tar jalan baru, tanda-tanda PRU


Dah 15 tahun sejak akak pindah kat sini baru sekali nilah jalan masuk bahagian area rumah kami ni diturap semula jalannya.  Dah berlubang lekuk banyak tempat, baru nak baiki. Sedih tau!! Tapi bila dah turap semula semalam, alhamdulillah lah eloklah sikit nampak jalan depan rumah-rumah kami ni. Kalau main skating, lumba lari, lumba basikal memang best ni sebab jalan rata je.


tar jalan baru, tanda-tanda PRU


Depan rumah abang ipar ni...jiran akak.  Seronoklah budak-budak ni bermain lepas ni.


tar jalan baru, tanda-tanda PRU


Bila akak up gambar dalam ig semalam dan group wsp kawan-kawan....ada yang bertanya....tanda -tanda PRU14 semakin hampir ke? Hahaha....

Kalau betul ini antara tanda-tanda, harap kali ini rakyat membuat pilihan yang betul. Letih dah........

You Might Also Like

1 comments

  1. Ini memang salah satu tanda sis. Signal org kata...ha3...

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook