Tak Susah Sebenarnya Masak Daging Dendeng

Tuesday, November 15, 2016


Assalamualaikum wbt.  Pagi ni dok belek-belek gambar dalam phone terjumpa pulak gambar ni.  Daging Masak Dendeng yang kami buat masa Aidil Adha yang lepas.  Sikit punya lama daa... baru nak update. 


daging dendeng, resepi mudah, masak daging, resepi daging


Senang je sebenarnya buat Daging Masak Dendeng ni.  Akak ikut jer resepi google dan yang akak follow ialah resepi dalam blog Azlitamasammanis.  Memang biasanya tak pernah kecewa bila follow resepi dalam blog ni.  Masuk blog tu aje dah teruja bukan main lagi tengok masakan beliau.

Resepi dalam blog beliau ni pun hasil perkongsian Pak Engku. Akak kongsikan disini kot-kot ada yang nak cuba buat nanti. Terima kasih pada keduanya moga perkongsian ini memberi manfaat pada yang mencuba.



DAGING DENDENG
by: Pak Engku

1 kg daging lembu yg tiada lemak - ita guna batang pinang
100 gm bawang goreng

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar
10 ulas bawang merah - digoreng dan dikisar
2 inc halia - digoreng dan dikisar
3 ulas bawang putih - digoreng dan dikisar

Bahan Tumis
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Daging dipotong nipis kemudian direbus
Apabila lembut, toskan dan kemudian digoreng
Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bahan yg telah dikisar kasar tadi.
Biarkan hingga naik bau dan naik minyak
Barulah masukkan daging yg telah digoreng tadi.
Masukkan garam dan perasa kacau rata.
Kemudian taburkan bawang goreng.



Ni resepi asal. Akak ubah sedikit cara masakan dimana akak tidak rebus daging yang telah dipotong tetpi akak perapkan daging tersebut dengan bahan kisar yang dinyatakan dalam resepi.  Perap semalaman dan esoknya terus masak.  Cara akak ambil masa sikit la sebab nak perap. Kalau guna cara di atas pun boleh terus boleh masak.


daging dendeng, resepi mudah, masak daging, resepi daging


Nilah hasilnya.  Makan dengan lemang. Semuanya hasil tangan en hubby dan akak sekeluarga.  Seronok main masak-masak bila semua ada di rumah. 

You Might Also Like

2 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook