Speghetti Seafood Carbonara Hidangan Pilihan Seisi Keluarga

Wednesday, November 09, 2016


Assalamualaikum wbt.  Mesti ramai di kalangan korang yang suka makan ala-ala western kan?  Family akak boleh tahan jugaklah sukanya. Tapi tak boleh layan selalu sebab western food ni agak mahal juga.  Biasanya kalau nak bertukar menu, buat sendiri sajalah baru puas makan, boleh tambah-tambah.  Anak-anak punya favorite adalah pasta.  Masaklah cara mana sekalipun mesti habis.  Ayah pulak suka yang grill grill, tak kiralah kambing, daging...asalkan grill.  Akak ikut aja.  Apa yang terhidang kita makan tapi kebelakangan ni suka makan salad. Asal ada tomato, salad, timun, karot atau apa sahaja buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai, akak potong-potong dan taburkan sos thousand island di atasnya, terus kunyah.  Tapi bukan diet yer...no..no..no.

Hari ni nak kongsi resepi mudah nak buat Speghetti Seafood Carbonara.  Senang sangat nak buat.  Bahan-bahan pun memang dah sedia ada kat rumah lepas restok barang dapur.  Yang bujang-bujang pun kalau rasa malas nak keluar, boleh je buat hidangan ni, makan sampai kenyang.


menu ringkas, western food, masakan pasta, seafood carbonara



1 paket speghetti
10 ekor udang sederhana besar
4 ekor sotong sederhana besar - potong-potongkan
serba sedikit sayur brokoli, karot, cili merah/hijau - karot dan cili boleh potong dadu kecil-kecil
1 tin sos carbonara
1 labu bawang holland (guna bawang besar biasa pun boleh) - potong bulat atau panjang
sedikit chili flake (takdepun takpe)
sedikit rosemary (pilihan) / boleh juga guna serbuk oregano - ikutlah apa yang ada dalam simpanan
minyak zaitun / minyak masak biasa pun boleh
2-3 ulas bawang putih yang dicincang.

Rebus speghetti dan toskan. Boleh juga gunakan pasta yang lain-lain.  Biasanya sotong akak akan masak sebentar untuk buang airnya.  Sotong ni kalau terus masuk dalam masakan biasanya dia akan mengecut. Untuk elakkan sotong terlalu mengecut, akak akan masakkan sebentar dalam kuali. Kemudian toskan.


Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sebentar.  Masukkan bawang holland. Biarkan sedikit layu. Masukkan sos carbonara. Biasanya 1 tin sos carbonara, kalau nak buat menu ni akak akan campurkan dengan setengah tin air. Kacau jangan terlalu pekat, Masukkan udang dan sotong.  Masukkan segala sayuran yang ada. Kacau-kacaukan.  Rasalah sedikit, kalau nak sedikit masih, taburkan garam. Kemudian masukkan speghetti, taburkan rosemary. Dah rata gaulannya, baru taburkan chilis flake. Jangan banyak sangat, agak-agak.


Lepas tu bolehlah dihidangkan. Jumlah udang dan sotong boleh tambah ikut citarasa korang.  Masak macam gini, boleh ulang-ulang makan. Seronok tengok adik wan makan bertambah-tambah. Anak-anak akak ni suka makan kalau sos lebih. Nak bagi rasa lemak berkrim.


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook