Assalamualaikum wbt.  Hujung minggu baru ni memang sangat-sangat penat tetapi seronok.  Melayan bbq pelajar sekolah abang Irfan.  Dah nak menghampiri hujung tahun, macam biasa macam-macam jenis jamuan yang dianjurkan samada oleh pihak sekolah, PIBG malah pelajar-pelajar sendiri. Sekolah Irfan walaupun sbp tapi tidaklah berapa jauh sangat daripada rumah akak. Dalam setengah jam dah sampai, cuma berbeza negeri. Kami di Kedah, dia di Pulau Pinang.

PIBG sekolah ni memang sangat hebat. Kukuh ukhwahnya dan aktif.  Bila ada program aje memang sangat mudah nak dapatkan sokongan ibubapa, tak kira yang jauh mahupun yang dekat.  Akak dengan hubby pun secara tidak langsung mengikuti secara dekat kebanyakan program -program yang dianjurkan. Lepas bersama-sama dengan pelajar dan guru-guru memastikan keputusan baik diperolehi, tibalah masa bergembira bersama. Mencuri sedikit masa anak-anak untuk diraikan sebelum mula bercuti panjang.

Konsep bbq adalah secara pot luck. Walau bagaimanapun pihak PIBG tetap menyediakan menu utama iaitu kambing bakar.  Akak dan hubby diberi tugas menyediakan kambing bakar.  Bermula Jumaat malam untuk pelajar tingkatan dua, diikuti esoknya dengan pelajar tingkatan 4 dan diakhiri malam berikutnya dengan bbq pelajar tingkatan 3.  Setiap malam 30kg kambing perap nak kena sediakan.  Penat tapi seronok.  Bermula tugas daripada awal pagi dan berakhir tengah malam.

Kerjasama semua AJK PIBG, ibu bapa dan support guru-guru sekolah menjadikan program ini meriah.  Guru-guru memang dijemput sebagai tetamu sahaja, semua persiapan ibu bapa dan pelajar yang sediakan. Salute to all!!

Disebabkan terlalu banyak gambar yang dikongsikan terpaksalah akak pilih yang sesuai aje. Gambar-gambar ini adalah sumbangan ydp PIBG sendiri. Akak memang tak sempat nak ambil gambar sebab sibuk dengan kambing bakar.  Balik rumah satu kereta bau kambing..hahaha...


bbq, kambing bakar, jamuan akhir tahun sekolah


Bila ada jamuan dah tentu ada persembahan. Persembahan santai daripada anak-anak pelajr pun dah menghiburkan ibubapa yang hadir.  Selain itu, diadakan juga permainan musical chair untuk ibu bapa yang hadir.  Akak sempat menyorokkan diri.  En Hubby tak sempat lari sebab nama dah dipanggil dek anak pelajar.


bbq, kambing bakar, jamuan akhir tahun sekolah


Sambil buat persembahan sanmbil makan. Macam-macam menu ada. Ibu bapa yang hadir semua memang sangat sporting. Sampai tak tahu nak pilih makan apa sebab ada pelbagai masakan yang sedap.

Ibu bapa yang datang semuanya ringan tulang membantu menyediakan menu utama.  Kaum bapa masing-masing tunjuk skill bakar kambing.  Mujur juga cuaca menyebelahi kami walaupun hujan di sebelah petangnya.


bbq, kambing bakar, jamuan akhir tahun sekolah


Program begini menambah eratkan lagi ukhwah antara ibu bapa yang hadir. Kami dah jadi satu keluarga yang besar.

1 Comments