Khasiat Daun Kari Yang Perlu Anda Tahu

Wednesday, November 02, 2016

Assalamualaikum wbt.  Suka makan kari? Sedapkan!!  Dulu satu ketika, akak memang tak boleh makan lauk kari ni. Bila makan sakit perut, bila makan sakit perut. Lama jugaklah. Sampailah satu ketika akak tercampak di utara semenanjung ni melanjutkan pelajaran. Mahu tak mahu kena juga makan sikit-sikit. Empat tahun di Pulau Mutiara pun belum lagi menambahbaik minat akak terhadap lauk berkari, sehinggalah berumahtangga, dapat en hubby yang pandai memasak. Rajin pulak masak kari kepala ikan. Haa....yess..akak suka! Akak suka! Rupa-rupanya sedapkan lauk kari ni.  


Selain daripada pilihan rempah kari yang betul, daun kari juga memainkan peranan penting dalam masakan. Bukan sahaja masak kari, daun kari ini juga boleh dimasukkan dalam masakan kurma, nasi lemak, sotong goreng berkunyit, malah boleh juga dicampurkan ketika menggoreng maruku, kuih siput, kuih potong dan sebagainya. Pendek kata, memang banyak gunanya. 


khasiat rempah, daun kari, tambah kalsium




Korang tahu tak yang daun kari ini mempunyai sangat banyak khasiat.  Daun kari juga dikatakan membekalkan sumber kalsium kepada badan. Antara kebaikan lain yang boleh diperolehi daripada daun kari ialah :



Info Tambahan Khasiat Daun Kari


1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Baik untuk penghadaman.
6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.
7.Selain dari itu, Daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.

Tak sangka kan banyak sungguh khasiat daun kari ni.  Sejak akak tahu kelebihan daun kari ni, akak suka masukkan daun kari bila memasak lauk yang sesuai.  Boleh juga kunyah-kunyah buat ulam.  



You Might Also Like

5 comments

  1. haaaa halau lalat.boleh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nak kena cuba baru tau kesannya

      Delete
  2. info menarik. Dalam masakan kaum india paling banyak digunakan daun kari ni kan... pernah juga dengar daun kari ni boleh kuatkan gigi kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun kari mengandungi zat kalsium yang tinggi sebab tu boleh kuat kan gigi. Akak pun baru tahu. Lepas ni boleh masukkan daun kari banyak sikit dan boleh juga buat ulam makan dengan nasi.

      Delete
  3. informasinya sangat bermanfaat

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook