Jangan Lupa Fenomena SUPERMOON

Monday, November 14, 2016


Assalamualaikum wbt.  Petang nanti korang jangan lupa menyaksikan fenomena SUPERMOON.  Bila sebut macam superhero pula. 

Apakah Fenomena SUPERMOON 


Petikan yang akak ambil dari Wiki, Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang. Bulan akan dilihat 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.

Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan bumi berbanding biasa.  
Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.


supermoon, fenomena supermoon


Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogee. Apabila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.

Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri ufuk.

Kesan SUPERMOON Terhadap Bumi


Kejadian air pasang surat disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan dan bumi.  Kebarangkalian parasa air laut akan dijangka meningkat dan air pasang besar akan berlaku. Meskinpun begitu, ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana ia tidak akan mencetuskan bencana.

##sumber rujukan wikipedia.

Jangan lupa yer korang saksiakan fenomena yang dijangka hanya akan berlaku 18 tahun lagi.  Huhu..lama lagi tu..

You Might Also Like

1 comments

  1. kalau ada gambar supermoon yg menarik nanti jangan lupa share kan dgn FB Agensi Angkasa Negara ya. Thanks.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook