Biarkan Mereka Jalankan Tugas

Wednesday, November 16, 2016

Assalamualaikum wbt.  Beberapa hari lepas ada viral tentang ibu bapa yang mengadu anak-anak mereka diambil tindakan tidak sepatutnya bila disuruh duduk atas tar semasa perhimpunan dan juga disuruh memadam papanhitam semasa dalam kelas.  Mesti korang pun ada baca kan.  Apa komen korang?

Sebagai seorang yang pernah bergelar pelajar dan juga sekarang ni bergelar ibu, akak tak pernah rasa tindakan tersebut melampau.  Guru-guru mendenda pelajar mesti bersebab samalah macam ibubapa memberi hukuman pada anak-anak pun bersebab.  Takkan la suka-suka aje nak menghukum.  Masa akak sekolah dulu, denda lagi teruk pernah kena, bila bagitahu kat mak ayah tak pernahpun dapat simpati malahan kena leter lagi.  Ayah akak seorang guru, pun akak pernah tengok ayah merotan dan menghukum pelajar yang membuat kesalahan. Itu adalah perkara normal.  Salah satu cara mendisiplin anak-anak di sekolah. Pada akak kalau kesalahan berpatutan dengan denda, silalah lakukan.


Cuba pula tengok bagaimana guru-guru di Jepun mendisiplinkan pelajar-pelajar sejak kecil lagi.  Agak-agak kalau di sini, ada tak ibu bapa yang akan kata anak-anak mereka didera membuat kerja di sekolah?


tugas guru, denda dan hukuman, viral

Tanggungjawab bersama.

tugas guru, denda dan hukuman, viral

Lakukan setiap arahan dengan rasa tanggungjawab tanpa tekanan.


tugas guru, denda dan hukuman, viral

Belajar bekerjasama.


Bukan mudah menjalankan tanggungjawap sebagai pendidik sekarang ni. Moga guru-guru terus tabah membekalkan ilmu pada anak-anak sebagai bekalan dan panduan mereka di kemudian hari. 

You Might Also Like

1 comments

  1. Tak faham dengan sesetengah ibu bapa sekarang. Takkan nak hantar anak sekolah lepas tu kalau budak tu buat salah nak pejam mata je. Dah tu apa akan jadi nanti. Aiyooo.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook