Terjebak Dengan Gegar Vaganza

Monday, October 31, 2016

Assalamualaikum wbt.  Bila dah mula memang nak kena ikut sampai habis.  Itulah sebabnya akak tak suka terjebak dengan rancangan bersiri.  Sekarang ni dah terlekat dengan rancangan Gegar Vaganza 3.  Akak suka dengar penyanyi-penyanyi lama yang power-power suara diaorang.  Selain itu, tugas pengacara Jihan dan Nabil, walaupun kadang-kadang 'terover' tapi mereka tetap menghiburkan. Kena faham juga, kadang-kadang memang penerbit mahukan mereka bersikap begitu.

Menariknya malam tadi, perebutan siaran TV dengan anak-anak. Mak kena mengalah, tengok live streaming ajelah. Malam tadi REM tersingkir. Minggu lepas Razis Ismail. Memang dah jangka. Rasanya kali ni, GV3 ni akan dikuasai oleh penyanyi wanita. Siapa yang akak minati?  Akak suka Siti Sarah.  Macam kata Dato Yusof Haslam sebelum ni - Siti Sarah tu kecil-kecil cili padi tapi persembahan memang mantap. Harap-harap dia adalah antara yang akan ke peringkat akhir.


gegar vaganza 3, senarai lagu minggu 4


Minggu depan, persembahan lagu berduet. Berpasangan dengan peserta-peserta daripada GV1 dan GV2.  Makin menarik.  Lagu-lagu yang menjadi pilihan pun boleh tahan juga.

Ameng - Nilai Cinta duet Siti Nordiana
Azharina - Doa Buat Kekasih duet Haleeda 
Elly Mazlein - Jangan Menangis Sayang duet Acong
G-Mie (Screen) - Pada Syurga Di Wajahmu duet Nizam
Intan Sharafina - Aku Yang Tersakiti duet Razis
Nora - Terlanjur Cinta duet Ayai
Shidi (Data) - Lamunan Terhenti duet Ezylnn
Siti Sarah -  Bunga Angkasa duet Rahmad 
Zarul - Lelaki Ini duet Faradhiya
Zur Eda - Rindu Bayangan duet Mamat
Nabil dan Jihan - Bukan Superstar

Selagi tak habis, dok tunggu la tiap-tiap minggu...

You Might Also Like

1 comments

  1. Hahaha samala kite kak.. dah terjebah susah nk undur.. hiks..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook