Cerita beberapa hari lepas. 

Syukur. Bertambah setahun lagi usia dia.  Seminggu lepas  asyik ingatkan akak pada 30hb.  Sampaikan masa berjumpa irfan di asrama pun dia tanya.

Adik :  Abang, 30hb nanti abang balik rumah tak?

Abang : Baliklah, kan cuti. Kenapa?

Adik : tak ingat ke?

Abang garu-garu kepala

Adik : Ala happy birthday wan laa.....

Abang : oooooo 

Itulah dialog dia samada dengan abang, kakak malah sebelum tidur pun dia akan tanya.  Bila tiba hari yang dinantikan, dia tanya pula...ayah bila nak beli kek untuk wan? Padahal bukannya dia nak makan pun tapi suka. Dah nama pun anak-anak.  Memang akak tak pernah celebrate birthday anak-anak di sekolah. Kat rumah pun sekadar anak beranak aje.  Tapi oleh kerana plan agak padat hari tersebut, akak bawa semua makan-makan diluar dan kami tundakan acara potong kek pada keesokan harinya.  

Secara kebetulan, memang plan nak ke Sungai Buloh atas beberapa urusan dan di akhiri dengan singgah kat rumah abang sebelum bergerak balik semula ke Kulim.  Jangan terkejut, kami memang jarang singgah bermalam kalau ke sana, gerak pagi, tengah malam memang pusing balik rumah sendiri, jam 3 atau 4 pagi biasanya sampai rumah.  

Kat rumah abang memang ada dah sepupu-sepupu yang pulang bercuti.  Seronoklah si dia dapat potong kek dengan abang kakak sepupu. Bukan main senyum panjang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.  Hadiah dik wan dah dapat sebelum ni, koleksi kereta hot wheelnya.  Makin banyak dah terkumpul kereta-kereta kecil kat rumah. Dulu abang irfan punya, banyak dah hilang entah ke mana.


sambut birthday anak ; kek birthday ; kek coklat

Bukan main seronok dapat potong kek. Kek pun beli instant dah siap, tak sempat nak pi belek-belek kat kedai kek.  Beli saiz paling kecil sebab tak tahu rasanya macamana. Bolehlah nak bagi masing-masing seronok.


sambut birthday anak ; kek birthday ; kek coklat

Budak-budak sekarang. Akak dulu tak merasalah nak potong-potong kek masa birthday.  Apapun asalkan semua gembira.


Dah 5 tahun pun usianya. Moga menjadi anak bijak yang soleh. Doa mana-mana ibu sekalipun terhadap anak-anaknya.   Anak lahir menghampiri akhir tahun, agak berbeza dengan anak-anak yang lahir di awal tahun.  Tambah-tambah  bungsu, memang manja terlajaklah. Sampaikan  mak ayah boleh pening kepala dibuatnya.  

2 Comments