Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Wednesday, October 05, 2016

Patin Masak Tempoyak


Apalah agaknya yang akak dah terjatuh cinta? Memang betul-betul jatuh cinta. Kalau orang kata jatuh cinta pandang pertama, yang ni akak jatuh cinta pada rasa yang pertama. 



ikan patin masak tempoyak simple , ikan patin masak tempoyak sedap , ikan patin masak tempoyak


Nilah yang buat akak teringat-ingat dan terasa-rasa sampai hari ni. Kalau sebelum ni, akak selalu dengar kawan-kawan bercerita tentang Patin Masak Tempoyak, akak buat tak tahu je. Tak langsung ada keinginan untuk mencuba. Tambahan ikan sungai, memang selalunya reject awal-awal. Macam dah terbau hanyirnya.  

Tapi yang ni berbeza. Masa singgah kat rumah abang hari tu, akak tengok Patin Masak Tempoyak ni macam menarik rupanya. Bila kakak ipar suruh rasa, wahhh.......sedapnya!!!! Habis semangkuk akak ratah aje.  Rupanya sedap Patin Masak Tempoyak ni yer.  Kedainya pun tak jauh mana daripada rumah abang.  Dek kesedapan, abang akak terus pergi tapau lagi dua bekas untuk kami bawa balik ke Kulim. Lawak pun ada abang akak ni!!  2 bekas siap untuk lauk lunch esok!!

Kalau korang nak tahu lokasi kedai ini ialah di Puncak Alam saje. Tak perlu cari sampai ke Pahang untuk dapat rasa yang original dan yang penting sedap sangat!!

Ni alamat penuh :

Restoran D'Niz Patin Oriee
Jalan Dataran Suria 15/7/3
Bandar Puncak Alam 
42300 Bandar Puncak Alam

Map? Korang boleh google aje. Jangan tanya akak berapa seketul Patin Masak Tempoyak tu sebab akak pun abang tolong bungkuskan.  In sha Allah ada kesempatan nanti bolehlah singgah makan di restoran tu nanti.

Akak share sebab akak suka...korang kena cuba. Nanti nak cuba cari resepi-resepi menarik macamana nak bagi kuah dia sedap dan ikan tidak berbau hanyir.

You Might Also Like

2 comments

  1. kak azi sedpanyaaa. feveret lela nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni first time makan...tak sangka sedap

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook