SAFI Shayla Pek Fleksi - Inovasi Syampu Terkini Wanita Bertudung

Thursday, October 20, 2016


Pek Fleksi SAFI Shayla 

Rambut merupakan mahkota istimewa bagi setiap wanita.  Rambut yang menawan lahir dari penjagaan yang rapi.  Bagi wanita bertudung pula, penjagaan yang lebih rapi perlu dititikberatkan agar rambut sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bermaya.

Akak memang agak teliti dalam memilih syampu yang sesuai untuk wanita bertudung. Bukan sahaja untuk akak, malah juga untuk anak-anak dara akak.  Diperkenalkan dengan SAFI Shayla, rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda.  Lebih menarik, SAFI Shayla memperkenalkan pek penjimatan - SAFI Shayla Pek Fleksi.  Di mana ianya lebih murah dan lebih mudah, beli dan refill sahaja dalam botol syampu sediaada.


SAFI Shayla Pek Fleksi - Inovasi Syampu Terkini Wanita Bertudung


Dengan Safi Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh menggunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula.  Ianya juga  untuk dibawa bagi mereka yang gemar mengembara. Kualiti syampunya dikekalkan supaya keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.

Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu.  SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk yang berkualiti dan mampu milik. Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini.  Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja.  Pek ini juga dikatakan mesra alam kerana pengurangan dalam peratusan penggunaan plastik semasa penyediaannya peknya.

Dimana nak dapatkan pek fleksi SAFI Shayla 


Pek fleksi SAFI Shayla ini boleh dibeli di mana-mana pasaraya dan pasaraya hyper utama seluruh Malaysia.  Harga jualannya adalah RM14.65 sahaja.

Sekiranya anda memerlukan info lanjut berkaitan produk ini dan jenama SAFI, boleh sahaja mencari di sini :

IG :  @safimalaysia


SAFI Shayla Pek Fleksi - Inovasi Syampu Terkini Wanita Bertudung


Selepas menggunakan SAFI Shayla, bolehlah menggayakan shawl sugarscarft pula.  Tak bimbang rambut berbau atau rasa tak selesa. Gandingan pek fleksi SAFI SHAYLA yang akak terima bersama sehelai shawl instant sugarscarf.  Cantik tau warnanya,  Anak dara akak pun dah booking.

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook