PEEKABOX Pilihan Oktober Memang Menarik

Monday, October 31, 2016

PEEKABOX pilihan Oktober

Assalamualaikum wbt.  Ingat lagi tentang PEEKABOX ? Kalau tak ingat cuba baca PEEKABOX ONLINE . Akak pernah cerita tentang PEEKABOX ini. Untuk Oktober, tema pilihan adalah berkaitan dengan `ANIMALS'.  

buku online, peekabox, peekabook


Kali ini giliran kak Amira pula mendapat hadiah istimewa oktober daripada PEEKABOX.  Teruja sungguh tuan punya badan nak buka kotak dan mengadap buku-buku pilihan. Akak kena sorokkan dulu sebab masa terima PEEKABOX ni, Amira tengah menjalani peperiksaan UPKK dan diikuti dengan peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan. Sebaik sahaja habis exam, kotak PEEKABOX la yang menjadi kawan rapat. Tambahan pula tema oktober sangat sesuai dengan diri tuanbadan yang sukakan binatang.

buku online, peekabox, peekabook

Pilihan PEEKABOX Oktober

Buku pilihan untuk tema Oktober ini ada 4 buah.

1. Dear Panda
2. The Gruffalo Colouring Book
3. Tum tum and Nutmeg : The Great Escape
4. The Forgotten Puppy

buku online, peekabox, peekabook


Menariknya buku-buku ini kesemuanya dalam Bahasa Inggeris mudah. Secara tidak langsung dapat membantu anak-anak dalam pembinaan ayat yang mudah dan senang difahami. Pastikan ada kamus di sebelah bila membaca, senang nak rujuk bila tak tahu maksud ayat.

Selain daripada buku-buku ini, disertakan juga satu set jigsaw puzzle kosong. Aktiviti anak-anak ialah melukis sendiri diatas set tersebut dan bolehlah dimainkan selepas itu. Tugas melukis akak serahkan pada abang Irfan. Lukis yang mudah-mudah aje. Adik-adik jadi teruja dengan jigsaw puzzle ini.

buku online, peekabox, peekabook


Tak lama lagi cuti sekolah. Pada ibubapa yang berminat untuk menambah aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah nanti, bolehlah intai-intai website peekabox. Ada pelbagai yang menarik di sana!! 



You Might Also Like

3 comments

  1. wahh menarikkk...
    tulah anak2 duk tya mama bila nak beli buku cerita dlm BI plak
    kemain kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu boleh jengah-jengah kat peekabox tema yang sesuai untuk anak-anak

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook