This is my card!!

Ingat lagi tak cerita ni?  Kalau tak silap dulu dalam rancangan sitcom 2 + 1, lakonan Imuda, Susan Lancaster dan beberapa orang pelawak lagi. Sitcom ni dah lama dah pun. Untuk angkatan muda korang mungkin tak tahu tapi untuk geng-geng seangkatan akak ni mesti ingat dengan watak Imuda yang suka sangat bagi name card kat orang. Satu ketika dulu dah jadi macam trend bila nak bagi name card, mesti sebut `This is my card!!'

Akak pun dah ada name card sebagai blogger atau media influencer.  Dah lama teringin nak buat tapi asyik bertangguh aje.  Bila kawan-kawan bagitau untuk register di PIXAJOY , akak pun ambil peluang jugalah membuatnya.  Sekotak name card percuma, cuma bayar kos penghantaran sahaja.  


name card , pixajoy , media influencer , blogger , produk review

Pixajoy menyediakan pelbagai jenis service yang korang mesti suka. Antaranya print gambar, photobook, sticker dan name card.  Lepas tu ada juga contest-contest mudah yang dianjurkan dengan hadiah mata ganjaran yang korang boleh kumpul. 


name card , pixajoy , media influencer , blogger , produk review


Nilah name card akak. Buat design paling mudah dan guna yang sediaada di Pixajoy sahaja. Ubahlah ikut kesesuaian.  Ada macam-macam pilihan yang korang boleh pilih dan ubah semula ikut citarasa korang.  Kalau tak silap masih lagi boleh buat secara percuma.  Cuba korang masuk website pixajoy.  Kadnya pun berkualiti. 

Lepas ni mudahlah nak promote blog sendiri.  Pada korang yang perlukan bantuan review produk, bolehlah contact akak lepas ni.  

5 Comments