Lawatan Sambil Belajar Dengan Budak Sekolah

Thursday, October 06, 2016


Assalamualaikum wbt.   Dah lama tak pergi ikut rombongan beramai-ramai naik bas.   Tiba-tiba dapat jemputan daripada Naib Pengerusi PIBG sekolah irfan untuk turut serta bersama anak-anak pelajar buat lawatan sambil belajar ke Petronas Chemical yang beroperasi di Gurun.  Nak tergelak awalnya sebab nak kena ikut rombongan budak sekolah. Tapi menarik jugak tambah-tambah en suami bagi green light untuk ikut.  Laju-laju jawap setuju dan laju-laju jugak apply cuti sebab rombongan tu buat pada hari bekerja.

lawatan sambil belajar , rombongan sekolah , faedah lawatan sambil belajar

Sebelum pergi memang bersemangat bergambar.  Dah macam cikgu sekolah pulak kami.


Excited mengalahkan budak sekolah.  Pagi-pagi dah siap ada kat sekolah irfan padahal irfan pun takde kat sekolah masa tu, mengikuti program lain.  Program begini sebenarnya beri peluang bersembang dengan guru-guru sekolah selain daripada kenal lebih ramai pelajar-pelajar kat sekolah ni. Dah macam cikgu sekolah pulak gayanya.  Selain itu, akak dapat jugak tumpang masuk melawat lokasi yang bukan senang nak masuk.

Petronas Chemical ni merupakan rangkaian  company Petronas juga. Dulu akak ingatkan bila sebut Petronas, mesti berkait dengan minyak kereta.  Tapi rupa-rupanya ada banyak lagi rangkaian Petronas ni. Antaranya Petronas Chemical nilah yang terletak di Gurun, Kedah.  Produk utama keluaran adalah merupakan baja.  Seronok juga mendengar taklimat berkaitan operasi Petronas.  Banyak yang aku tak tahu rupanya.  Bagus juga dapat peluang turut serta.


lawatan sambil belajar , rombongan sekolah , faedah lawatan sambil belajar

Sebelum bergerak untuk sesi lawatan, bergambar lagi. Masing-masing dapat cenderahati sorang satu bag.  Begitulah biasanya bila buat lawatan sekolah ni. 


Lepas taklimat, dapatlah sesi lawatan juga.  Oleh sebab tempat operasi agak ketat prosedur lawatannya, kami diberi peluang menaiki menara yang terdapat di situ untuk melihat kawasan sekitar Petronas Chemical ni dari jauh. Berangin-angin dok kat atas tu. Banyak juga info yang kami dapat terutama pelajar-pelajar yang turut serta. 


lawatan sambil belajar , rombongan sekolah , faedah lawatan sambil belajar

Pemandangan dari atas menara lawatan. Yang kelihatan adalah kilang pemprosesan baja. Luas juga kawasan ni, akak tengok kebanyakan pekerjanya mengayuh basikal aje dalam kawasan ini.

Bagus juga diadakan program-program begini untuk anak-anak pelajar. Selain dapat info berkaitan produk yang dihasilkan, pelajar-pelajar ini juga diberi taklimat berkaitan peluang yang boleh mereka perolehi selepas tamat persekolahan.  Salah satu sebab lagi kenapa akak setuju untuk turut serta. Tahun depan abang irfan akan mengambil peperiksaan SPM dan selepas itu mengorak langkah yang lebih jauh. Akak pun dah kena lengkapkan diri dengan info-info dan peluang yang anda untuk mereka nanti. 


lawatan sambil belajar , rombongan sekolah , faedah lawatan sambil belajar

lawatan sambil belajar , rombongan sekolah , faedah lawatan sambil belajar

Jangan lupa selfie satu dengan pengiring dan anak-anak pelajar. Terima kasih banyak-banyak sebab bawa sama makcik ni ..hehe


Lawatan diakhiri dengan jamuan makan oleh pihak tuan rumah.  Dah berjalan banyak, berseleralah waktu makan.  Selesai semua, kami bergerak pulang dan sampai kat sekolah lebih kurang jam 3.30 petang.  Masa pergi memang masing-masing riuh dalam bas, tapi masa balik senyap sunyi masing-masing melayan mata.






You Might Also Like

2 comments

  1. Cam best je pi lawatan dengan bebudak..

    AM pernah bawa bebudak lepas UPSR tahun lepas melawat dan jejalan di Langkawi.. Alhamdulillah..
    Semua berjalan lancar dan banyak pengalaman dapat dari lawatan mereka..Hihihi

    Posting terbaru AM
    Rumah Idaman : Pemasangan Tangki Air


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan join rombongan macam ni.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook