Harga Minyak Masak Mengikut Harga Pasaran Bermula 1 November 2016

Thursday, October 27, 2016


Assalamualaikum wbt.  Bila viral mengatakan harga minyak masak akan naik - dinafikan pulak. Tapi nampak gayanya viral akan menjadi kenyataan.  Lepas ni macam-macam pulaklah nanti yang akan ikut naik harga.  

kenaikan harga minyak masak, kesan kenaikan harga minyak masak, penstrukturan semula harga minyak masak

Berita dari astroawani

Biasanya akak akan beli minyak masak dalam bentuk botol di awal bulan sahaja. Lepas tu top up dengan stok dalam paket.  Tapi kebelakangan ini, stok dalam paket memang susah nak dapat.  Semuanya dijual dalam botol. Kenalah juga beli.  

Penstrukturan semula harga minyak masak ni nampak gayanya kena kurangkan masakan guna minyak, lebihkan masakan cara grill dan rebus. 

Terfikir jugak macamanalah dengan peniaga kedai makan yer? Perlu naikkan harga makanan? Pengunjung mesti berkurang sebab makin ramai nanti yang akan bawa bekalan sendiri ke tempat kerja.  Nampak gayanya akak pun nak kena merajinkan diri semula menyediakan bekalan setiap hari.




You Might Also Like

6 comments

  1. OMG!! Jom bawa bekal. Nasi masak kat opis...

    ReplyDelete
  2. ramai yang update pasal minyak masak hari ni ya. Kena kurangkan minyak dalam masakan, atau mcm akak kata kita grill kan aje semua..

    ReplyDelete
  3. kena la lepas ni jimatkan minyak masak plak kak Azi...

    ReplyDelete
  4. harga gula naik 20sen sekilo, harga teh tarik mamak naik 20 sen secawan. kalau harga minyak ni, kita tengok nnti harga roti canai mamak naik banyak mana.. hmm..

    ReplyDelete
  5. memang makanan bergoreng yang di jual dah naik harga pun huhuuu....

    ReplyDelete
  6. Makan asam rebus dgn singgang jer jaga kesihatan terus

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook