ENCHANTEUR PARIS Meneroka Rahsia Kulit Cantik dan Pesona Diri Yang Memukau

Saturday, October 29, 2016

Terokai Rahsia Kulit Cantik Dan Pesona Diri Yang Memukau Dengan ENCHANTEUR PARIS


Dah lama suka dengan rangkaian wangian ENCHANTEUR PARIS ni. Masa remaja lagi suka gunakan losyen dan bedak talkum jenama ni.  Sekarang ni dah semakin banyak pilihan untuk peminat pilih sesuai dengan wangian yang disukai.

enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion


Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.

Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion

enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion



Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didapapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour


Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar.  Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfume Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang dari 3 agen pencerahan iaitu ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.  Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodaran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.


enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion

enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion


ENCHANTEUR PARIS Adore 


Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.

Akak diberi peluang untuk mencuba produk ini dan yang paling akak suka adalah  wangian ENCHANTEUR PARIS Adore.   Lembut saja baunya. Sekali sembur, wangian kekal 24 jam. Rasa segar sepanjang hari.


enchanteur products, enchanteur perfume, enchanteur price, enchanteur lotion


Lokasi Jualan dan Harga Rangkaian Wangian ENCHANTEUR PARIS

Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. 

Maklumat Lanjut ENCHANTEUR PARIS

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari 

Website  : www.ENCHANTEUR.com.my 
Facebook rasmi :  www.facebook.com/EnchanteurMY


You Might Also Like

2 comments

  1. My favourite brand! Suka sgt pakai losyen Enchanteur ni. Sangat sangat wangi bau dia...

    Btw jemput join giveaway saya! Hadiah Shade Dough [Lip Bait] Hanis Zalikha utk 5 pemenang!
    http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html

    ReplyDelete
  2. Bonde suka losyen Belle Amour tu wangi

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook