Dari Dapur AzirahmanDotCom di Hujung Minggu

Wednesday, October 26, 2016


Assalamualaikum wbt.  Dah lama tak letak gambar masakan kat blog akak ni.  Ambik gambar bukan main lagi tapi tersimpan dalam handphone.  Kali ni akak nak share jugak masakan dapur akak di hujung minggu baru ni.  

Akak ni memasak ikut mood jugak. Kalau tiba mood rajin, daripada sarapan, makan tengahari , makan malam semua akak masak dan makan panas-panas.  Di antaranya tu pulak, sempat buat dessert dan kuih untuk minum petang. Itu bila rajin. Bila virus M menyerang, nak buat sarapan pun lambat-lambat je ke dapur.  Korang jangan ikut macam akak.

Apa Yang Istimewa Di Hujung Minggu?

Untuk hujung minggu lepas, akak masak simple je. Biasanya sabtu, ahad adalah hari mengosongkan peti ais. Jadi apa yang ada dalam peti ais tu, kenalah fikir-fikirkan masakan yang sesuai. Masakan mestilah istimewa untuk keluarga.  Anak-anak akak dulu agak pemilih jugak masa makan. Tapi en hubby kata, masak saja apa yang ada, kalau depa tak makan ...laparlah, kalau ikut selera masing-masing memang jenuh melayannya.  Lama-lama dah tak kisah, apa saja yang terhidang atas meja makan, memang biasanya habis.

Hidangan hari sabtu.

masakan hujung minggu, masakan kampung sedap

Secara kebetulan ada banyak lagi stok bendi dalam peti ais.  Teringin sangat nak makan bendi goreng cili.  Maka  siaplah menu bendi goreng cili dengan udang.


masakan hujung minggu, masakan kampung sedap

Untuk dzakwan, akak masakkan sup ayam sedap.  Masukkan ubi kentang, carrot dan lobak putih, ketukkan beberapa biji cili padi, siap.  Akak ratah aje ubi-ubi yang ada dalam sup ni. 


masakan hujung minggu, masakan kampung sedap

Ada ikan sardin. Goreng dan buatkan sambalnya - siaplah sambal ikan sardin.  Hmm...yang nilah jadi rebutan masing-masing sebab dah lama mak dia tak masak sambal ikan.


Hari Ahad pula, masak lebih untuk setiap lauk sebab biasanya irfan akan bawa sedikit bekalan balik ke asrama.  Masih dengan menu simple ala-ala masakan kampung.


masakan hujung minggu, masakan kampung sedap


Kari udang dengan kacang panjang.  Akak pernah share resepi kari udang kacang panjang ni dalam entry-entry sebelum. Korang boleh cari.  Kari udang ni memang favorite sekeluarga. Kuahnya buat pekat-pekat sikit, kalau tak nak makan nasi, buat cucoq ja cicah. Fuhhh.......


masakan hujung minggu, masakan kampung sedap


En Hubby kata, kalau ada kari kena ada ikan goreng. Bila dah ada kari dan ikan goreng, kena ada sambal belacan. Ada sambal belacan, adalah sisipan ulam-ulam seperti timun dan bendi rebus.  Sambal belacan special ni habis dalam sekelip mata aje. Berebut-rebut, abang kakak ibu dan ayah makan dengan nasi panas-panas disiram kuah kari udang dan ikan kembung goreng. Makan sampai berpeluh-peluh.

Sambal Belacan Special AzirahmanDotCom

 Apa yang special kat sambal belacan akak ni?...haaa....korang cuba masukkan sebelah biji bawang besar yang dipotong-potong dan blenderkan sekali dengan cili merah, cili padi, asam jawa, belacan dan sedikit garam. Kemudian ambil sebelah biji limau nipis, perahkan airnya dan potong-potongkan kecil-kecil kulit limau tu, campurkan dalam sambal tadi. Memang meletopsss!!!! Sedap sangat!!! Kalau tak percaya korang cubalah buat. Itulah yang anak-anak akak berebut-rebut makan sambal belacan ni.  Sekarang ni kalau buat semangkuk tu, memang tak cukup untuk kami berempat makan. 

Esok semua anak-anak ada kat rumah sempena cuti Deepavali.  Bolehlah plan nak buat apa.  Tambahan pula irfan dan amira dah habis exam akhit tahun.  Tunggu je la aktiviti yang diaorang plan nanti. Ibu  ayah layankan saja...



You Might Also Like

3 comments

  1. sdap nya kak Azi...pos sket ke Kajang

    ReplyDelete
  2. Terus berbunyi je perut SA kak...sedapnya semua tu...

    ReplyDelete
  3. sedap semua menu masakan Kak Azi, Nama pon kelas gitu

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook