Tahun ni rasa mewah dengan cuti panjang-panjang.  Bila cuti panjang, macam-macam nak rancang. Masa nilah yang ada untuk berkumpul anak beranak ataupun berjumpa adik beradik sanak saudara.  Yang paling seronok lagi bila dah ramai-ramai, mulalah macam-macam acara masak-masak yang timbul.

Tak lama lagi cuti menyambut perayaan Deepavali.  Semalam dapat wasap daripada biras tentang cuti sekolah sempena Deepavali.  Dapat tambahan 3 hari tanpa ganti. Campur dengan hujung minggu, hampir seminggu juga cutinya.

Cuti Sekolah Sempena Deepavali



cuti sekolah , cuti perayaan , deepavali , cuti panjang


Bagi negeri yang cuti hari Jumaat, cuti perayaan akan bermula daripada 29 Oktober 2016 sehingga 1 November 2016.  Manakala bagi negeri-negeri yang cuti Sabtu, maka cuti perayaan akan bermula dari 28 Oktober 2016 sehinggalah 1 November 2016.  Untunglah budak-budak sekolah. Tambahan pula ada sekolah-sekolah yang telah pun menghabiskan peperiksaan akhir tahunnya ketika itu.

Sekejap saja dan masuk November, hujung November pula dah bermula cuti sekolah hujung tahun.  Memang meriah sungguhlah cuti tahun ni.  Anak-anak cuti, mak ayah pening kepala juga nak mengusun aktiviti mereka, tambah-tambah untuk mak ayah yang bekerja.

Selamat bercuti la korang semua yer. Pada yang dah plan nak berjalan-jalan tu, hati-hatilah di jalanraya.


4 Comments

  1. jarang cuti deepavali dpat cuti panjang..

    ReplyDelete
  2. seronokla yee :D
    jemput join segmen di
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Wahh, seronoknya budak2 dapat cuti tambahan.. Bolehlah bawak anak2 bercuti balik kampung.. =)

    ReplyDelete