Peminat Kartun Disney

Assalamualaikum wbt.  Sejak kecil akak memang peminat pada kartun-kartun Disney. Tak sah kalau tak tengok kartun Disney dalam sehari.  Sekarang pun kadang-kadang join juga anak-anak menonton rancangan-rancangan terbitan Disney. Bagi peminat siri Disney, ni akak nak bagitau korang boleh simpan koleksi Disney dalam bentuk buku.  Untuk makluman korang, syarikat penerbitan Advantage Quest telah mengambil initatif menerbitkan animasi siri-siri Disney popular dalam bentuk buku edisi Bahasa Melayu. Memang sangat menarik, bukan sahaja anak-anak akan tertarik dengan buku-buku ini, malah ibu bapa pun pasti terpikat. Penerbitan Advantage Quest ini juga telah berjaya menerbitkan hampir 60 buah buku Disney edisi Bahasa Melayu sejak tahun lepas lagi.  Bagus ni sebab secara tidak lanngsung, langkah ini berjaya menarik minat anak-anak membaca dan sukakan buku di peringkat awal lagi.


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong

Set buku kulit tebal dan berkualiti.  Memang sangat menarik!!

Pertama kali melihat buku-buku ni, akak dah jatuh cinta. Kualiti kertas dan gambar-gambar yang terdapat dalam buku-buku ini memang sangat memuaskan hati, sesuai dengan harganya.  Kalau tak percaya cuba tengok koleksi  buku-buku Disney edisi Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest kepunyaan Dzakwan ni.  Sesuai dengan peringkat usianya. Anak-anak seusia Dzakwan memang mudah terpikat dengan penampilan gambar-gambar menarik dan ceria, tambahan pula bahasa yang digunakan amat mudah disebut oleh anak-anak yang baru nak pandai membaca mengikut suku kata.

buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong

Buku-buku yang diminati, terus pegang kuat-kuat, tak bagi kakak simpan.


Koleksi Menarik Buku Disney Edisi Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest


Koleksi yang Dzakwan terima sempena hari jadinya pada penghujung September lalu ialah The Good Dinosour, Inside Out, Pengembaraan Dory, Buku Mewarna Mega Siri Finding Nemo, Aktiviti Dasar Laut  Siri Finding Dory, Pengembaraan Dory, Disney Pixar ABC (Siri Lihat dan Cari), Disney Junior (Siri Lihat dan Cari) serta My First Encyclopedia.  Di samping itu, terdapat dua set beg aktiviti  Ultimate Spiderman dan Marvel Avengers Assemble yang memang sangat menarik minat Dzakwan untuk beraktiviti. Boleh dikatakan kesemua buku-buku ini sesuai untuk anak-anak pintar yang suka mencuba dan belajar perkara-perkara baru. 

buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong



Beraktiviti Bersama Si Kecil 


Sebaik sahaja menerima set-set buku ini, Dzakwan tak sabar-sabar nak beraktiviti dengan beg aktiviti Ultimate Spiderman dan Marvel Avengers Assemble. Leka menyuaipadankan sticker aktiviti super hero kegemaran. Sampai akak pun teruja sama memilih dan membantu Dzakwan melekat gambar yang betul. Keterujaan Dzakwan sampai ke mana pergi pun beg aktiviti ini ada bersama. Sampaikan nak tidurpun letak bawah bantal.

buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong

Beg aktiviti ini sangat menarik dimana di dalamnya terdapat sticker-sticker pelbagai saiz untuk anak-anak lekatkan pada buku yang disediakan.


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong

Mudah sangat beraktiviti dengan beg aktiviti ini. Anak-anak boleh pilih dan lekatkan di tempat yang disediakan. Banyak sangat stickernya, puas juga melayan anak bujang ni.


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong

Ni dia Wan dah jumpa nak lekat kat mana!! Yeay!!!


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong

Leka sangat melekat-lekat ni. Di sini korang boleh tengok betapa fokusnya anak-anak korang dengan aktivitinya.


Sebagai ibu kepada anak-anak yang sedang membesar, akak memang suka memperkenalkan pelbagai info pada anak-anak. My First Encyclopedia ini amat membantu.  Gambar-gambar menarik berserta penerangan ringkas memudahkan akak untuk menerangkan pada Dzakwan.  


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong


Buku-buku aktiviti siri Finding Nemo dan Finding Dory membantu anak-anak bermain dengan warna.  Aktiviti mewarna, mencari jalan dan mencari perbezaan pada gambar memang menggalakkan anak-anak menjadi lebih aktif dan berimaginasi tentang kehidupan di dasar laut.

buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong

Disertakan juga crayon untuk digunakan semasa mewarna.

buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong

Ada sticker bergambar disediakan. Anak-anak boleh gunakan sebagai panduan untuk mewarna. Menarikkan!!!



Selain daripada beg aktiviti, Dzakwan sangat suka melihat buku The Good Dinasour.  Tambahan pula kat rumah akak memang ada rekodkan cerita ini untuk tontonan anak-anak. Bila dan tonton di tv, tengok pulak dalam buku, mudah untuk Dzakwan faham ceritanya.  Eh!! jangan tak tau, akak pun suka buku ni tau. Gambar-gambarnya sangat menarik perhatian.


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong


Pada akak memang tak rugi memiliki set buku Disney Edisi Bahasa Melayu terbitan Advantage Quest ini sebagai hadiah untuk anak-anak. Memang tak jemu berulangkali melihatnya.  Buku yang berkualiti dan boleh disimpan lama.

Anda Berminat? Dimana boleh dapatkan info lanjut ?


Nak tahu tentang koleksi buku-buku Disney yang ada di Advantage Quest ? Korang boleh dapatkan lebih maklumat di :




Tak susahpun nak mendapatkan set ini. Boleh cari di kedai-kedai buku utama. Paling mudah cari saja di kedai buku Popular. Kalau korang nak tau, sekarang ni sehingga 31/12/2016 sedang berlangsung peraduan `Percutian Ke Disneyland Hong Kong' dengan cara penyertaan yang mudah.  


buku disney , mari baca, popular , advantage quest , buku anak-anak , peraduan Disneyland Hong Kong


Apa yang perlu dibuat ialah pergi ke kedai buku Popular dan beli buku Disney di mana setiap pembelian RM50 buku-buku Disney ini akan melayakkan korang menyertai peraduan ini. Kalau korang berminat, cepat-cepatlah ke mana-mana cawangan  kedai buku Popular di seluruh Malaysia untuk dapatkan borang penyertaan.  Tak rugi beli sebab buku-bukunya memang sangat alah membeli menang memakai!! Mana tahu rezeki korang beli buku untuk anak-anak boleh dapat pulak tiket percutian. 

#BukuDisney #MariBaca #Popular #AdvantageQuest



4 Comments

  1. Mesti seronok baca buku-buku itu. Anak I mesti suka.

    ReplyDelete
  2. menarik nie. boleh tengok kartun disney kat TV, pastu ada buku pulak. boleh memupuk minat membaca dalam diri kanak2. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Sekarang ni macam-macam sumber ada untuk menarik minat anak-anak suka membaca.

      Delete