Bermula Peperiksaan PT3 dan UPKK

Monday, October 10, 2016


Hari ini debaran anak-anak yang menduduki peperiksaan PT3 dan UPKK bermula.  Dup dap dup dap la bila nak melangkah masuk dewan.  Hari pertama je biasanya perasaan lain daripada biasa. Lepas ni okay dah.

pt3 , upkk , selamat berjaya , apa soalan exam


Tahun ni hanya amira sahaja yang menduduki exam besar iaitu peperiksaan untuk kelas KAFA  - UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA).  Alhamdulillah percubaan hari tu dapat keputusan cemerlang, harap-harap dalam peperiksaan sebenar ni, bolehlah ulang kejayaan yang sama.  Apa pentingnya peperiksaan ini? Kalau korang nak tahu, peperiksaan UPKK ni sedikit sebanyak membantu untuk anak-anak yang nak memilih ke sekolah aliran agama di sekolah menengah nanti.  Banyak juga membantu anak-anak menguatkan pengetahuan dalam pendidikan agama asas.

Pada calon-calon peperiksaan, akak doakan korang berjaya mengharungi hari-hari exam ni dengan baik.  Jangan stress-stress.  Exam ni bukan tanya tentang perkara baru, semuanya korang dah belajar cuma nak kena pandai buat olahan jawapan.  Ibubapa pun jangan stress. Apa yang akak praktik setiap kali anak-anak habis exam, sekadar bertanya  - macamana hari ni punya paper? Apa sekalipun jawapan anak-anak, terima dengan redha.  Apa yang mereka usaha itulah yang mereka dapat.

You Might Also Like

1 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook