Assalamulaiakum wbt.  Seronokkan bila menghadiri event atau program syarikat dan pada masa yang sama boleh terus print gambar yang diambil. Kadang-kadang ambil gambar dengan smartphone tapi lepas tu gambar tersimpan aje dalam phone. Nak print ambil masa sebab nak kena belek semula mana yang sesuai untuk di print dan nak kena kumpul-kumpul dulu baru ke kedai hantar untuk print.  Selalunya memang akak tak print lah gambar-gambar ni. Excitement tu hilang dah bila dah beberapa hari berlalu lepas event.  Tapi sekarang ni tidak lagi sebab ada WePrint yang boleh membantu kita terus mencetak gambar semasa dalam event atau sebaik sahaja lepas event.

WePrint - Instant Printing Machine

WePrint ini adalah merupakan mesin pencetak segera yang menghasilkan gambar berkualiti tinggi. Dengan menggunakan telefon pintar, korang boleh mencetak gambar dengan pantas. Asalkan korang ada sambungan dengan aplikasi WeChat.


mesin weprint , cetak gambar online , print gambar online murah



Pencetakan bukan sahaja di atas photo paper, tetapi boleh juga dicetak ke button badge dan magnetic paper serta boleh mencetak beribu-ribu gambar. Mesin keluaran Liberty Printing mampu mencetak pelbagai jenis cenderahati selain daripada menjuga mesin cetak.

Koleksi Gambar daripada WePrint - Liberty Printing


Antara koleksi gambar-gambar anak-anak akak yang dicetak menggunakan WePrint.  Menarik!! Button badge tu dzakwan dah simpan tak bagi kakak-kakak tengok.  Suruh letak di beg sekolah pun taknak sebab takut nanti hilang katanya.


mesin weprint , cetak gambar online , print gambar online murah



mesin weprint , cetak gambar online , print gambar online murah

Bagaimana Mencetak Menggunakan WePrint


Kalau korang nak tahu, mudah sangat menggunakan WePrint ni untuk mencetak gambar. Tak ambil masa yang lama pun.  Apa yang korang perlu buat :

1. Buka applikasi WeChat di telefon pintar
2. Scan QR code dari mesin pencetak
3. Muat turun gambar daripada telefon pintar anda
4. Masukkan kod ID yang tertera di skrin telefon
5. Tunggu sehingga gambar dicetak


mesin weprint , cetak gambar online , print gambar online murah


Kalau tak pasti juga, cuba tengok video ni.

 


 WePrint Sebagai Medium Pemasaran Berkesan

Penggunaan mesin WePrint ini juga merupakan salah satu medium yang boleh membantu usahawan dalam memasarkan produk mereka.  WePrint menyediakan template yang membolehkan anda meletakkan nama, logo syarikat dan apa saja info yang kita kehendaki digambar yang akan dicetak.


mesin weprint , cetak gambar online , print gambar online murah



mesin weprint , cetak gambar online , print gambar online murah


WePrint juga sesuai untuk dibawa bersama ke majlis-majlis korporat ataupun persendirian.  Bila ramai dah tentu rajin juga bergambar.  Akak pun kalau pergi majlis-majlis memang takkan lepaskan peluang bergambar, sekurang-kurangnya sekeping sebagai kenang-kenangan.  Bertambah meriah bila lepas bergambar boleh terus cetak di mesin WePrint.  WePrint selalu berjaya menarik orang ramai menggunakan perkhidmatan yang ada. 

Bagaimana Mendapatkan Khidmat WePrint


Mudah sebenarnya berurusan dengan Liberty Printing ini. Kalau ternampak mesin WePrint ini di mana-mana pasaraya besar atau majlis-majlis yang korang hadiri, jangan lepaskan peluang cetak gambar yang korang nak jadikan koleksi. Kalau korang nak diskaun.....gunakan kod di bawah ini. 10% diskaun menanti anda untuk pembelian dan diskaun sah digunakan sehingga 30 November 2016. Haa...jangan kata akak tak payung!!!


mesin weprint , cetak gambar online , print gambar online murah

What can we print for you ? Free instant high quality photos!


Pada yang berminat untuk mendapatkan mesin WePrint ini, boleh hubungi pihak Liberty Printing.  Liberty Printing merupakan syarikat pembekal bahan-bahan dan mesin pencetak `heat transfer' di Malaysia. Mesin WePrint diimport, dikendalikan dan diedar oleh Liberty Printing sejak tahun 2015. 


Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh terus berhubung dengan pihak Liberty Printing di :

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
5, 6A &; 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor

Webhttp://www.weprint.asia/
Tel : 019-985 8151 (Elaine)

Waktu Urusan : Monday to Saturday (9am to 6pm)





4 Comments

  1. wahhh menarik! :D

    kc tag kak zi kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/10/october-bloglist-segment-by-fatinamdzfr.html :)

    ReplyDelete