Penjagaan Semulajadi Untuk Kawasan Intim yang bersih dan sihat

Assalamualaikum wbt. Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim. Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan  bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut.  

SUMBER AYU Penjagaan Semulajadi Wanita Berwajah Baru


Dulu kebiasaan menggunakan sabun dan air sahaja untuk membersihkan kawasan intim. Penggunaan air dan sabun akan mengganggu keseimbangan semula jadi dan mendedahkan kepada risiko jangkitan.  Sebab itulah akak akan gunakan pembersih wanita.  Bila gunakan pembersih wanita ni, kita akan rasa lebih selesa.  

Dalam melengkapkan penjagaan peribadi ini, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU menjadi pilihan akak.  Kenapa akak pilih SUMBER AYU ? Dah tentulah kerana bahan utamanya adalah ekstrak daun sirih yang memang digunakan sejak turun temurun dahulu. Formulasi bahan semula jadi ini memastikan kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan dengan kawalan pH pada paras PH3.5 - paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.  Formulasi ini juga diperhebatkan lagi  dengan wangian semulajadi yang dapat memberikan kesegaran  berpanjangan. Menarik lagi, sesuai dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini, kini berwajah baru dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM. Jadi, kaum muslimah tak perlu ragu-ragu menggunakannya.


Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu



SUMBER AYU Penjagaan Semulajadi Wanita Berwajah Baru


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini sangat ideal digunakan oleh wanita pelbagai peringkat usia. Terdapat enam rangkaian wangian yang menarik dan pelbagai.  

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid 
Akak dah cuba yang ni. Sangat suka!!! Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari.  Sesuai bagi wanita yang sentiasa mengekalkan keanggunan dalam pelbagai cara.

SUMBER AYU Penjagaan Semulajadi Wanita Berwajah Baru


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar
Wangian mawar mekar memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan orang berjiwa romantis.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral
Kombinasi aroma pelbagai bunga yang memberikan kesegaran sepanjang waktu. Ideal bagi wanita yang sentiada ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk
Aroma semulajadi kasturi yang ringan memberikan kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari.  Pilihan ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

SUMBER AYU Penjagaan Semulajadi Wanita Berwajah Baru


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semulajadi.  Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity

SUMBER AYU Penjagaan Semulajadi Wanita Berwajah Baru

Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari.  Pilihan terbaik bagi yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa juga keadaan. Ini pilihan anak-anak gadis akak. Akak pun suka juga...

Bagaimana Untuk Mendapatkan rangkaian SUMBER AYU ? 


Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati di semua pasaraya utama dan farmasi.  Dijual pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.

Jangan lupa mencuba!!

 



0 Comments