Assalamualaikum wbt.  Apa yang dinanti sampai 4 tahun? 


Selepas 4 tahun Menanti; tiger orchid; orkid


Ni la yang akak dan en hubby tunggu. Empat tahun lamanya barulah dia berbunga. Ni namanya TIGER ORCHIRD.  Nama saintifiknya pula ialah Grammatophyllum Speciosum.  Berbelit lidah menyebutnya.  Pokok orkid spesis ini banyak terdapat di hutan tanah rendah di Indochina, Thailand, Malaysia, Indonesia, New Guinea dan kepulauan Filipina.

TIGER ORCHID 

Keistimewaan spesis ini ialah bila berbunga, bunganya sangat cantik dan bertahan lama.  Pokok ni besar, mencapai ketinggian manusia.  Tapi untuk melihat dia berbunga memang kena sabar menunggu.  Kadang-kadang boleh mencecah bertahun-tahun.  

Selepas 4 tahun Menanti; tiger orchid; orkid


Akak memang tak perasan kehadiran bunga-bunga Tiger Orchid ni sebab dah malas nak tunggu.  Tambahan sekarang masa untuk menguruskan pokok-pokok orkid di rumah memang boleh dikatakan takde langsung.  Banyak yang terbiar hidup sendiri. Mujur juga kebanyakannya spesis hutan yang memang tidak perlu penjagaan sangat. Sampaikan suatu hari en hubby hantar gambar, beberapa susur batang Tiger Orkid dah mula berbunga. Terkejut sangat!! Belek-belek ada hampir 13 susur yang keluar dicelah-celah batang orkid ni. Kalau nak tau saiz batangnya, ada yang sebesar batang tebu. Setiap susur ada berbelas-belas kuntum bunga orkid yang akan berkembang. Ada antaranya mencapai puluhan.  Bayangkan bila semua bunga-bunga tu kembang.....sangat cantikkk!!!!

Selepas 4 tahun Menanti; tiger orchid; orkid


Pokok Tiger Orchid ini sangat berharga bila mula mengeluarkan bunga.  Pada pencinta orkid, kalau korang ada spesis ini di rumah, jangan buang, biarkan saja sebab satu hari nanti pasti mengeluarkan hasil yang sangat indah.

Dah macam blog pertanian pulak!! Sesekali berkongsi minat dengan korang semua.




4 Comments

  1. tahun lepas tiger orchid ni kt umah mak baru bbunga slps 10 tahun taman...bunganya byk penuh setangkai...thn ni x nmpk lg...nti blk ry aji nk tgk dh berbunga ke blm

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaaaaa ma saya mesti suka,memang penggila orkid hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kalau penggemar orkid memang sangat suka spesis ni sebab susah nak kluar bunga tapi sekali keluar.....

      Delete